CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 25 May 2013

Perjalanan ke Sentul

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum. Apa khabar kamu yang sedang membaca?Ya, kamu!

Alhamdulillah, aku di sini masih seperti ini. Kali ini aku ingin berkongsi sedikit kisah perjalanan aku ke Sentul. Tiada yang pelik tapi mungkin bermakna..

Sehari sebelum aku pulang bercuti, aku dan roomates berkesempatan mengambil waktu itu untuk menziarah  seorang sahabat roomate aku.

Dari LRT Sentul, kami menahan teksi selepas beli cendol di seberang jalan(cendol tu nampak menarik..hehe)...

Kami diberhentikan di hadapan masjid berdekatan kediaman sahabat yang bakal kami ziarah.
Memandangkan waktu asar tidak lama lagi, kami mengambil keputusan untuk duduk sebentar masjid itu sambil menunggu ketibaan asar. Kelihatan seorang anak kecil umurnya mungkin setahun berlari-lari riang. Dia menghampiri kami dan ajak kami bermain. Sungguh comel. Ibunya yang hamil membiarkan sahaja dia bermain bersama kami.

Azan berkumandang..

Masa untuk solat...Semua jemaah mengambil tempat masing-masing...

Imam mengangkat takbir diikuti para jemaah.. Semasa di tahiyat akhir, sesuatu terjadi!

Anak kecil tadi bermain-main di sekitar tirai kayu di hadapan jemaah wanita. Tiba-tiba, banggggggggg!!!
Bunyi tirai menghempas lantai. Alhamdulillah tak terkena kepala jemaah.

Setelah semua memberi salam. Semua menoleh ke belakang. Si ibu tadi terkial-kial mengangkat tirai kayu yang terjatuh. Sudahlah berat.
Jemaah wanita cuba membantu tapi apakan daya kudrat wanita. Si ibu melambai-lambai ke arah jemaah lelaki agar datang membantu.

Datang seorang pak cik dan diikuti pak cik yang lain. Datang untuk membantu tetapi sempat berkata kepada si ibu, "Kamu ni tak pandai jaga anak ke??? Lain kali jangan bawa budak kecil datang masjid", kelihatan amarah dan herdikan di situ. Anak kecil tadi turut serta membantu tanpa mengetahui situasi sebenar. Si ibu hanya tersenyum pahit kemudian pergi.

Kalau aku yang belum bergelar ibu ini pon tersentap hati kalau dengar herdikan seperti itu, apatah lagi ibu itu. Sudahlah hamil. Kasihan...

Di luar masjid, aku dan roomates seakan-akan tidak percaya perkara sebegini boleh terjadi di depan mata. Biasanya dalam drama swasta je. Yang peliknya, pak cik itu berpakaian mengikut sunnah,berjubah putih, sejuk mata memandang tetapi kenapa perlakuan seakan-akan lari dari sunnah? Di mana adab Rasulullah dalam diri? Kami berandaian mungkin pak cik itu penat. Semoga dia sedar akan tindakannya itu.Amin...

Sesudah itu kami meneruskan perjalanan ke rumah yang ingin diziarah.

Kedatangan kami disambut oleh seorang mak cik. Kelihatan ramah orangnya. Rupa-rupanya mak cik itu ialah ibu sahabat roomate aku tu...

Kami dijemput masuk...Rumahnya biasa-biasa. Mempunyai hanya satu bilik tapi kelihatan bahagia warganya. Jarang sekali aku lihat rumah seperti ini.

Kami berbual rancak sekali bersama mak cik itu dan anaknya.

Kemudian, kami diajak ke kedai mereka. Jalan-jalan cari makan la katakan.hehe

Di dalam kereta, mak cik itu menunjukkan sebuah buku tentang perkahwinan tak silap aku. Katanya dia nak pulangkan buku tu di perpustakaan. Waaa, aku rasa ada sesuatu pada mak cik ini. Masih suka membaca dan sanggup meminjam di perpustakaan.

"Mak cik ni ada rumah. Tapi mak cik suka tinggal kat rumah tu. Dekat dengan masjid. Banyak ceramah, majlis-majlis ilmu. Yang paling mak cik suka setiap minggu ada ustaz/ustazah yang hadir berkongsi ilmu. Bukan senang nak dapat rumah dekat dengan masjid." kata mak cik itu.

Aku turut mengiyakan. Dalam diam aku kagum dengan semangat mak cik ini. Dalam dunia sekarang orang mengejar kemewahan tetapi masih ada insan sebegini yang memikirkan kepentingan ilmu dari tinggal di rumah yang besar tapi kosong. Kosong dengan ilmu.

Semoga mak cik ini terus dikurniakan kesihatan yang baik agar dan istiqomah dalam menuntut ilmu. Moga kita mempunyai semangat seperti mak cik ini. Amin...








Wednesday 8 May 2013

Luahan Hati Seorang Guru

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tiba juga di PJ hari ini, sebelum bertolak sempat aku ke sekolah lama...
Sekolah tempat aku belajar semasa menengah rendah dahulu untuk bertemu ustaz atau walid bagi kami ketika itu :)

Sedang kami berbual, tiba-tiba kelihatan adik-adik (lower form mungkin)  berlari berkejaran..Aku pun tak tahu apa yang mereka buat...

Ustaz bersuara memecah kesunyian,

"Biar kita susah sekarang, kita akan senang kemudian. Bila kita susah kemudian, kita dah tahu macam mana nak atur masalah kita untuk kita selesaikan. Tak macam budak-budak zaman sekarang ni. Nak cari kesenangan dulu, enjoy, biar diri 'disentuh lelaki'...Berapa ramai dah budak perempuan dah 'rosak'. Ada dari sekolah rendah lagi. Kami (guru) dapat benda yang dah 'rosak'. Apa kami boleh buat. Cikgu tak dapat kawal semua pelajar. Pelajar ramai. Betapa susahnya nak nak lahirkan pelajar yang berjaya."


Aku tersentak...

Mungkin aku terlupa akan itu... Aku pernah bersekolah di situ.. Sekolah itu bukanlah di bandar, sekolah itu di kawasan luar bandar yang dikelilingi anak-anak FELDA. Aku juga sedar akan keadaan itu suatu ketika dulu, pergaulan bebas, dadah etc.. Tapi ketika itu aku jahil. 

Tiba-tiba aku berasa terpanggil untuk membantu,.tapi aku tak tahu caranya..Ya, aku juga pernah melakukan kesilapan dan mungkin juga boleh hanyut.. Alhamdulillah Allah masih membantu..Aku tak mahu kesilapan itu berulang kepada orang lain bahkan lebih kronik dari itu.. 

Mereka digelar pelajar 'bermasalah', 'degil' dan banyak lagi, tapi dalam hati mereka siapa yang tahu..Orang ramai suka lihat produk sekolah yang berjaya dan memandang sepi kepada produk sekolah yang gagal. Mungkin mereka yang digelar 'gagal' ini memerlukan 'bantuan kecemasan' kerana diri itu sedang 'lemas'. 


Aku ini berada dalam zon yang selesa, terlupa seketika kepada mereka.. Duduk di universiti yang 'islamik', banyak program-program ilmiah, majlis-majlis ilmu, dikelilingi sahabat-sahabat yang prihatin. Tapi mereka...Mereka jauh dari itu semua. 
Sudah selesakah kita membiarkan masyarakat sekeliling begitu sahaja?

Aku kasihan...

Mungkin mereka bukan berasal dari keluarga yang betul-betul mengamalkan Islam yang sebenar.Lebih parah lagi mungkin mereka tak kenal Islam itu sendiri. Mungkin...

Tapi siapa yang perlu hulurkan tangan untuk membantu kalau bukan kita. Ya, aku tahu..Aku ini tidak sempurna..Aku ini budak baru belajar. Aku tak mampu untuk lakukannya seorang diri. Aku juga pernah melalui zaman seperti mereka. Tak mengendahkan apa orang cakap. Orang kata biasalah tu, remaja...suka memberontak, suka mencuba..Mencuba sesuatu yang belum pasti...Tapi semua ini sampai bila...   

Semoga Allah kurniakan hidayah kepada adik-adik ini. Amin...


p/s: Sebarang cadangan untuk membantu amatlah dialu-alukan :)











Monday 6 May 2013

Review PRU-13

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalamulaikum~

Alhamdulillah telah kita ketahui keputusan penuh Pilihan Raya 2013...



Setelah berbulan-bulan, bertahun-tahun semua pihak bertungkus-lumus menunaikan janji,melaungkan janji-janji pada masa hadapan, perang bendera terus gah di sana sini, perang media terus menerus tanpa henti...Akhirnya kita tahu juga pilihan rakyat Malaysia.

Sesungguhnya aku bukanlah orang yang layak untuk menganalisis arus politik Malaysia. Untuk PRU13 kali ni,ya aku masih lagi tergolong dalam kalangan orang yang tak layak mengundi. Under 21 la katakan..hehe..
Tapi tidak salah untuk bersuara, aku juga rakyat Malaysia :)

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional kerana terus diberi mandat oleh rakyat untuk terus menerajui kepimpinan Malaysia.
Barisan Nasional

Berjuta-juta harapan diletakkan rakyat. Aku harap pihak kepimpinan sedar akan itu. Sedar amanah itu. Sedar tanggung jawab itu. Kelakitu semua akan ditanya di akhirat. 

Kepada Pakatan Rakyat,

Tahniah juga kepada anda. Anda juga telah diberikan mandat oleh rakyat. 

Walau apa pon keputusan, yang menang jangan terus leka, yang kalah jangan terus menyerah. Perjuangan ini takkan pernah selesai.

Setelah pilihan raya ini aku harap janganlah ada perpecahan. Janganlah kita terus mencerca. Jagalah diri kita, jagalah lidah kita. Ingat! Bukan pemimpin sahaja akan disoal, tapi diri kita juga akan disoal kelak.

Jika pihak yang kita sokong kalah.. Lihat diri kita dahulu. Adakah apa yang kita buat selama ini diredhai Allah?

Adakah sikap kita mencerminkan apa yang kita mahukan?

Sebagai contoh:

"Kita mahukan negara Islam yang islamik. Negara yang bebas dari hedonisme yang berleluasa. Negara yang bebas rasuah."

 "Akan tetapi..aku bertanya pada diri..Adakah diri ini sudah cukup islamik? Adakah diri ini sudah berjaya mengawal diri?"
 

Bak kata Prof Muhaya, jom audit diri! Jangan terus melulu. Bersabarlah wahai hati. Jangan bersikap seperti jahiliyyah!

Wahai anak muda! Sahabat-sahabatku! Bertahanlah! 

Mungkin ini ujian Allah agar anda tidak terus menyerah. Tidak terus mengalah. Tidak terus mengundur diri. Ingat! Allah berada di pihak yang benar. Sesungguhnya Allah ada bersama kita. 

p/s: -Tak sabar nak tunggu 5 tahun lagi tapi berdebar menanti apa yang akan terjadi dalam 5 tahun ini.     Semoga Allah permudahkan segala urusan insyaAllah.

-Ummi Rashidah Adam! Sila study! Minggu depan final menanti anda! Doakan kejayaan aku ye~

Assalamualaikum.









Sunday 5 May 2013

Pesta Buku Antarabangsa KL 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC telah melabuhkan tirainya pada 4/5/2013(Sabtu)..
Alhamdulillah sempat juga pergi tahun ini..kalau tak ermmm melepas macam tahun lepas..

Keseluruhannya pesta buku ni terbaikkkklah!

Bila masuk je dalam tu..rasa macam semua buku-buku tu memanggil-manggil untuk dibeli..
Rambang mata juga dibuatnya..fuhhhh...

Destinasi pertama aku ialah GALERI ILMU.
Masuk je booth terus terpandang buku karangan murabbi Ustaz Muhadir bin Hj Joll, Ingin Ku Balas Cintamu Ya Rasulallah..Lepas tu apa lagi terus la ambil..jalan-jalan lagi terpandang pula buku Pak Cik Pahrol yang terbaru! Seraut Kata Selaut Rasa. Ermm..banyak juga buku yang ingin dibeli tapi Ummi Rashidah! Sila kawal diri anda! Aku pon melangkah ke kaunter.

Jalan-jalan sekitar situ..terpandang pula booth PTS. Singgah sebentar. Niat di hati ingin membeli buku terbaru Pak Cik Latip, Hassan Al-Banna. Puaslah aku mencari-cari di setiap sudut.."Brother, ada lagi tak buku Hassan Al-Banna?", aku bertanya kepada si brother penjaga booth. "Erm, dah tak ada stock baru lah," jawabnya. Alaa..tiba-tiba rasa kekurangan sesuatu bila apa yang dihajat tidak kesampaian..

Tiba-tiba terpandang buku Untuk Kita Pendosa oleh Hilal Asyraf! Yess..ada pon buku ni.. Ambil dan bayar...

Berjalan dan terus berjalan..

Buku-buku terus memanggil-manggil..Maaf buku-buku :')

Naik ke tinggal atas.. TELAGA BIRU! Yes,that's it!
Mak pesan suruh beli Solusi...

Wahhh..teruja sangat..Ada Pakej Solusi 4 RM10 sahaja! Aku pon belek-beleklah cari Solusi yang tak ada lagi..pening juga.. Akhirnya aku beli Pakej Solusi + Gen-Q + Al-Ustaz RM10 dan Solusi RM5..
Ok!setle request from my mom!

Turun ke bawah semula...

Perginya berempat..tapi bila dah masuk je masing-masing menghilang..hehe..


Akhir sekali setelah puas mengembara...aku baru terjumpa booth SINERGI ILMU! Alhamdulillah teringat nak pergi situ sebab roomate kata dia dah dapat sign HILAL ASYRAF! Ni tak boleh dibiarkan ni..hehe

Aku pon pergilah ke sana..Mencari-cari buku..mencari-cari Hilal Asyraf...

Alhamdulillah ada lagi buku Simfoni Cinta..Dengar cerita tak ada stock baru..Fuhh..Ambil...

"Kak, Hilal Asyraf ada tak kat sini?", aku bertanya kepada seorang kakak penjaga booth.

"Ada tadi. Dia pergi makan tu.", jawab si kakak..

Ok..aku pon terus menunggu di booth tu..

Berjalan-jalan...Tiba-tiba!

Buku Hassan Al-Banna! Alhamdulillah ada kat sini!

Ambil dan terus bayar dua-dua tu.. Riang dalam hati tiada siapa yang tahu..cewwahh~

Tidak beberapa kemudian Hilal Asyraf datang!

Akhirnya datang juga...



Ni pula hasil tangkapan hari tu :

Alhamdulillah...

#Semoga kita bertemu lagi pesta buku insyaAllah..
#Semoga aku boleh kumpul duit banyak-banyak untuk kamu si buku..


p/s: Sekarang mood tunggu keputusan PRU13..Dah macam tunggu pengumuman raya la ni..Betul la juga agaknya pengumuman raya..pengumuman pilihanRaya..hehe..Semoga Allah beri kemenangan kepada pihak yang benar..Amin...
















Sunday 7 April 2013

CASIS-UTM

Bismillah.

Alhamdulillah terdetik di hati ingin ke night lecture with YM Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang bertempat di CASIS-UTM KL. Terasa betapa kerdil diri berada dalam kalangan "orang besar-besar."

Ilmu itu tak mengenal usia

Seusai lecture, kami dijamu dengan sedikit jamuan ringan, alhamdulillah...
sedang aku dan roomate menikmati bihun goreng, kami didampingi seorang mak cik..
pada mulanya aku ingat mak cik tersebut kenal salah seorang daripada kami.
tapi tidak sama sekali..
**************************************************
Mak cik itu bertanya kami dari mana dan macam mana boleh sampai ke utm..kami dengan segan-segan menjawab soalan-soalan mak cik tersebut sambil meng'offer' mak cik tu makan..tapi dia kata dia dah makan dan sebenarnya dia sedang menunggu suami dia..ermm,kami pon makan je lah walaupon segan berhadapan mak cik tu =.=

Mak cik: Kamu ni beruntung..muda-muda lagi dah datang majlis-majlis macam ni..mak cik ni dah bercucu baru nak datang .

Kami : Eh, tak de la mak cik..*sambil senyum-senyum kambing :)

Mak cik :Tapi mak cik pelik la. kalau kita tengok tadi ramai anak muda datang majlis-majlis macam ni..tapi...ada lagi yang "tak menutup aurat" dan "tak menjaga hubungan".(seakan-akan berbisik)

Aku terdiam, tersentak mungkin...

Ermm..hidayah Allah itu dah lama turun..tinggal diri kita je mahu berubah atau tidak..semuanya kita yang menentukan.

#semoga Allah merahmati mak cik tersebut bersama suaminya agar terus istiqamah menghadiri majlis-majlis ilmu.
#semoga kita menjadi seperti mak cik dan suaminya ..terus gigih menuntut ilmu walaupon berada di usia senja..

(teringat kata-kata prof "People sometime have knowledge but have no adab." Ya Allah,minta dijauhkan)

Monday 11 March 2013

Pulang

Bismillah.

Alhamdulillah pulang juga aku ke rumah setelah sekian lama mahu pulang..
Alhamdulillah dapat menatap wajah ayah dan bonda..
Alhamdulillah~

Saturday 23 February 2013

Penyenang Hati

Bismillah.

Assalamualaikum...good morning!
Semoga pagi ini memberikan keceriaan untuk hari ini~

Alhamdulillah sekarang di sini sedang rancak berlangsungnya Raudhah Festival dan semakin rancak duitku habis sebab banyak sangat makanan sedap-sedap..ok jangan ikut macam saya..huhu~

Malam tadi juga berlangsung dua event yang boleh dikatakan hebatnya...dekat hall ada konsert Sixth Sense,
Ana Raffali dan lain-lain...manakala di masjid ada USTAZ DON datang bagi ceramah...dan memandangkan aku tak beli tiket konsert yang berharga hanya *RM3(kalau tak silap), so aku pon pergilah masjid. Yaa..mungkin ada hikmah di situ...

Aku ingatkan mulanya lepas isyak, so kami pon datanglah pukul 8 macam tu. Tapi alangkah terkejutnya kami, rupa-rupanya talk tu dah mula dan yang paling menyedihkan tiada ruang kosong untuk duduk..jadi kami pon menyelit-nyelit lah cerah orang ramai tu dan alhamdulillah dapat la duduk walaupon tak nampak muka ustaz..hanya suara je dengar..itu pon jadilah~

Beberapa minit berlalu, ada la juga yang keluar masjid mungkin ada hal...jadi dapatlah aku ke depan..
Dalam keadaan bersesak-sesak itu, tiba-tiba aku tertarik dengan seorang ibu dan 2 orang anak kecil di sebelah aku..yang seorang mungkin dalam darjah 1 atau 2 dan yang seorang lagi kanak-kanak lelaki yang berusia mungkin 3 atau 4 tahun..

Kebiasaannya, ramai ibu bapa malas nak bawa anak-anak kecil ke masjid, mungkin sebab nanti mereka buat bising atau bermain-main dengan riang hati..tapi aku dapat melihat kelainan dalam keluarga ini..

"Tu, tengok Ustaz Don tu," kata si ibu kepada anak lelakinya.
Si anak pula terjungkit-jungkit untuk melihat..

Wahhh...anak kecil ini kenal Ustaz Don..kebiasaannya anak-anak kecil sangat teruja bila nampak watak-watak kartun yang digemari tapi ini tidah..anak kecil ini sangat teruja berjumpa dengan Ustaz Don. Subhanallah..

Mungkin di sini ibu bapanya memainkan peranan mendidik kepentingan majlis ilmu, maka lahirlah anak yang yang sangat menyenangkan hati :) Semoga anak kecil itu terang hati dan menjadi pemimpin orang-orang beriman...