CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 23 February 2013

Penyenang Hati

Bismillah.

Assalamualaikum...good morning!
Semoga pagi ini memberikan keceriaan untuk hari ini~

Alhamdulillah sekarang di sini sedang rancak berlangsungnya Raudhah Festival dan semakin rancak duitku habis sebab banyak sangat makanan sedap-sedap..ok jangan ikut macam saya..huhu~

Malam tadi juga berlangsung dua event yang boleh dikatakan hebatnya...dekat hall ada konsert Sixth Sense,
Ana Raffali dan lain-lain...manakala di masjid ada USTAZ DON datang bagi ceramah...dan memandangkan aku tak beli tiket konsert yang berharga hanya *RM3(kalau tak silap), so aku pon pergilah masjid. Yaa..mungkin ada hikmah di situ...

Aku ingatkan mulanya lepas isyak, so kami pon datanglah pukul 8 macam tu. Tapi alangkah terkejutnya kami, rupa-rupanya talk tu dah mula dan yang paling menyedihkan tiada ruang kosong untuk duduk..jadi kami pon menyelit-nyelit lah cerah orang ramai tu dan alhamdulillah dapat la duduk walaupon tak nampak muka ustaz..hanya suara je dengar..itu pon jadilah~

Beberapa minit berlalu, ada la juga yang keluar masjid mungkin ada hal...jadi dapatlah aku ke depan..
Dalam keadaan bersesak-sesak itu, tiba-tiba aku tertarik dengan seorang ibu dan 2 orang anak kecil di sebelah aku..yang seorang mungkin dalam darjah 1 atau 2 dan yang seorang lagi kanak-kanak lelaki yang berusia mungkin 3 atau 4 tahun..

Kebiasaannya, ramai ibu bapa malas nak bawa anak-anak kecil ke masjid, mungkin sebab nanti mereka buat bising atau bermain-main dengan riang hati..tapi aku dapat melihat kelainan dalam keluarga ini..

"Tu, tengok Ustaz Don tu," kata si ibu kepada anak lelakinya.
Si anak pula terjungkit-jungkit untuk melihat..

Wahhh...anak kecil ini kenal Ustaz Don..kebiasaannya anak-anak kecil sangat teruja bila nampak watak-watak kartun yang digemari tapi ini tidah..anak kecil ini sangat teruja berjumpa dengan Ustaz Don. Subhanallah..

Mungkin di sini ibu bapanya memainkan peranan mendidik kepentingan majlis ilmu, maka lahirlah anak yang yang sangat menyenangkan hati :) Semoga anak kecil itu terang hati dan menjadi pemimpin orang-orang beriman...











Tuesday 19 February 2013

Things to do

Ermm..minggu ni macam banyak sangat aktiviti..

InsyaAllah dengan talk malam esok..harap-harap semua berjalan lancar..kepada sesiapa kot2 berminat nak join..ayuh! mengimarahkan majlis ilmu. Tajuknya "DO WE NEED ISTIKHARAH?"
Ok jangan salah faham di situ..bukan hanya istikharah untuk cinta tapi istikharah dalam segala hal mungkin.
Lokasinya badminton court mahallah zainab jahsy je...datang la dalam pukul 8.30 p.m ok!

Apa lagi ek...

Ermm..rabu pon ada talk..rasa macam nak pegi..insyaAllah..

RAFEST a.k.a Raudhah Festival!!!

I can't wait for that!!!

Tu lah time nak shoping sakan! nak makan sakan! dan banyak sangat event yang best2..
ada talk Ustaz Don..ada konsert...tapi yang malangnya konsert dan ceramah Ustaz Don pada waktu yang sama..fuhhh..nasib baik tak beili tiket konsert..ada hikmahnya tu kan :)

InsyaAllah aku join jugak writer workshop by Ustazah Fatimah Syarhah Ahad ni..hoho..excited suda...

K lah time to sleep..

Assalamualaikum~

Monday 18 February 2013

ARAH TUJU?TUJUAN?

Assalamualaikum..

Tadi baru lepas balik dari meeting dan tiba-tiba aku rasa meeting yang ni lain dari yang lain...ermm mungkin aku sorang je yang rasa..ermmm may be~

Apa yang pelik? Nothing but we shared a great story ermm atau sedikit renungan sebelum start meeting sementara menunggu ahli-ahli lain yang sangat "menepati janji melayu"...Yaa ini sesuatu yang jarang ditemui..

Salah seorang dari kami bertanya,
"Apa tujuan hidup korang?"

Aku yang sedang membelek-belek roti yang baru lepas dibeli di kiosk tiba-tiba tersentap."Ermmm,apa ek tujuan hidup aku?"

Sahabat itu bertanya lagi,
"Kenapa korang belajar?"
"Sebab nak berjaya."
"Kenapa korang amik SPM?"
"Sebab nak masuk u."
"Kenapa korang masuk u?"
"Sebab kitorang nak graduate and kerja."
"Kenapa korang nak kerja?"
"Sebab kitorang nak duit."
"Apa korang nak lepas dah dapat kerja?"
"Ermm...kitorang nak kawin or what we can say,we want a family,"sambil masing-masing tersenyum sumbing.

"Ok,fine...sebenarnya we back to the basic. Actually we need love,we need food to survive. So, samalah kita dengan binatang kan?binatang pon perlukan makanan, perlukan pasangan.betul tak?"

"Ermm..betul gak tu,"walaupon dalam hati ada ke patut dia samakan aku dengan binatang!

Sahabat itu tersenyum dan berkata lagi:
"Apa yang membezakan kita dengan binatang? Saya rasa semua sedar kita dicipta melainkan untuk beribadah dan menjadi khalifah! Ok,kita lihat analogi kerusi, apa analogi kerusi? Kerusi diciptakan untuk duduk. So,kalau kita duduk atas kerusi tu selama 5 jam salah tak? Of course la tak kan sebab kerusi memang diciptakan untuk kita duduk."

Aku dalam diam pon rasa ermmm betul jugak apa dia cakap ni.

Dia sambung lagi:
"Ya..samalah macam kita. Kita diciptakan untuk beribadah dan memakmurkan bumi. Adakah kita zalim kalau kita tak buat apa yang perlu kita buat?"

Ermmm..aku rasa of course kita zalim..huhu...

Bak kata Prof Muhaya, jom audit diri!

Ok lah dah lewat sangat ni..ngantuk sudah.."SELAMAT PAGI"!!!

Assalamualaikum.


Saturday 16 February 2013

M.A.L.A.S

Malas...
Malas...
Malas...





Yee tu lah yang menghantui aku sekarang. MALAS!
Malas nak study, malas nak makan, malas nak g kelas dan malas yang lain-lain!

Aku tak tahu la kenapa..haisshhh..someone please help me~ ~
But Ummi there are nobody can help you except yourself!!!

Semalam or kelmarin,aku ada la tengok latest video mat luthfi.sesiapa yang tak tengok lagi meh tengok kat sini.Dah tengok? Ok.dia pon ada kata sometime dia ada rasa malas macam apa yang aku rasa sekarang ni. But he officially graduated and aku ni masih bergelar budak baru belajar..huhu~ Apa-apa pon congratulation for you bro! TABIK!!!

Bangkit Ummi bangkit!!!
Lawan malas kau tu...syaitan suka orang-orang yang malas ni especially yang MALAS SOLAT!!!
Erm insyaAllah aku cuba..

*sometime I need someone to cheer me up.anyone? :)