Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita berkesempatan bertemu bulan Ramadhan yang penuh berkah..
Alhamdulillah sebab aku dapat balik minggu ni sambut puasa bersama keluarga dan alhamdulillah sekali lagi kerana kami warga CFS IIUM telah berjaya menerima elaun masing-masing setelah sebulan menanggung penderitaan..hehe.. Syukur...
Oklah di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan! Sama-samalah kita manfaatkan bulan ini sebaik mungkin insyaAllah..Kerana apa??? Bulan inilah kurniaan Allah kepada kita umat Muhammad untuk memohon keampunan dan memohon rahmat-Nya..
Seronok yang tidak terhingga sebentar tadi kerana aku berkesempatan menunaikan solat terawih di Masjid Felda Palong 7..Ya, aku sangat merindui bulan ini.. Memang sangat meriah di masjid..lucu juga melihat kerenah anak-anak kecil.. Part aminkan Al-Fatihah bersemangat betul diorang ni..ish2..nasiblah tak ada yang main mercun..may be awal-awal puasa ni tak ada orang jual mercun lagi kot..hehe. Kepada muslimat, jangan lupa jaga aurat kita di masjid..peringatan untuk aku juga ni ^__^ aurat kaki jangan lupa ye.. Kejarlah yang wajib sebelum yang sunat.. InsyaAllah peringatan kita bersama...
Esok bermulalah perjuangan kita..berpuasa sebulan di bulan Ramadhan insyaAllah.. Jangan lupa bersahur kerana sahur itu ada berkatnya.. Dulu aku selalu juga abaikan sahur..tapi bila disedarkan kembali akan kepentingan dan kelebihan bersahur, insyaAllah aku akan berusaha bersahur ^__^ hehe
SELAMAT BERPUASA~