CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 22 December 2011

Kenapa kucing suka makan daun???

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai korang2 pencinta kucing sekalian ! Sape tak suka..it's ok :p

Tadi masa aku online..tiba-tiba aku terbaca kenapa kucing makan daun!
Selama ni aku selalu pelik dengan kucing-kucing yang ada kat umah aku ni makan rumput or seangkatan dengannya..

Alala..tomeynyeee....

Bertambah lagi kehairanan aku bila kucing ni makan je rumput tu pas tu diorang boleh plak muntahkan balik..
Kalau dah tau makan rumput tu boleh muntah, apasal nak makan juga kan? Kucing...kucing...
Bertambah stress aku bila aku plak kena bersihkan...cisssss~kek punya kucing..huh!

That's why lah aku selalu halau kucing yang nak makan daun..haha-->gelak jahat..kejam tak aku?hehe

Tapi bila aku terbaca artikel tu baru aku tau satu info yang menarik!

Kenapa kucing Memakan Rumput? Kucing adalah haiwan yang pembersih, jadi mereka selalu berusaha membersihkan bulunya setiap waktu dengan menjilat bulunya. Disebabkan permukaan lidah kucing yang kasar, banyak bulu yang mati atau gugur tersangkut pada lidah.


Kucing yang bebas bermain diluar biasanya mengambil kesempatan ini untuk memakan rumput supaya dapat memuntahkan bulu tersebut yang dikenali “hairball”
Jika korang memelihara kucing di dalam rumah, sebaiknya korang menanam rumput didalam pasu supaya kucing korang boleh makan dan memuntahkan hairball tersebut. Jika tiada rumput, kucing ini akan memakan tanaman lain yang mungkin merbahaya kepada mereka kerana sesetengah tumbuhan beracun kepada kucing.

Jadi, untuk menghindari hairball sebaiknya sikat bulu kucing korang, (boleh beli di petshop)bagi mengurangkan kuantiti bulu gugur yang ditelan.


Hoi! curi2 makan yeeeee~

Jangan plak korang bagi makan kaktus!!!

So..sekarang aku nak bagi makan rumput je kat kucing aku..jadi vegeterian plak..hehe :p


Belog ini ditag oleh Mr Bob!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai semua yang sudi singgah ke sini~
Buat la macam blog sendiri ye :p

Hari tu aku baca la chat box kat sebelah ni..then...then..then....

Aku terbaca a short message from Mr Bob..hoho..he tagged me to answer 11 questions!!!

Aishhh. Mr Bob ni..main tag2 plak ye..hehe..Apa-apa pon terima kasih yep sebab sudi tag blog anak cik Adam ni..

Ni hah blog Mr Bob ---> Klik Sini!!!

Huhu..banyak jugak ni soalan2 ae..macam jawab soalan exam pulak..ok..Jom Jawab!

Ok soalan pertama : 
1. name korang pe??
Nama aku Ummi Rashidah binti Adam ^_^


2. name manje korang ape ek??
Nama manjaaa..errmmmmm..juz call me umie :p


3. kalu korang dapat duet 10juta la,ape korang nak wat?
Perghhh..mantop ni..Apa nak buat yekk..may be separuh aku bagi parents..yang lain-lain tu buat bisnes..and ada lagi satu perkara aku nak buat..aku nak guna duit tu untuk pergi haji with my parents :D


4. ape korang nak wat kalu korang nampak orang separuh mati kelaparan depan mate korang?
Ishh..dasyat ni..Kalau boleh aku nak bawak dia balik..and bagi la makan ^_^


5. nape korang buat blog korang??
Kenapa yeee..Sebab..aku boring time cuti sem ni..so aku buat lah blog..sekurang-kurangnya boleh la aku share apa2 info and apa jua mesej yang berguna..ceewwaah :)Tapi semua ni mesti berniat kerana Allah s.w.t dalam semua hal.


6. ape yang menarik tentang blog korang?
Apa yep...aku pon tak tahu..haha..biasalah..orang baru sebulan jadi blogger memang cam gini..ce tanya orang yang baca blog aku ni..tak pon..pe kata Mr Bob sendiri jawabkan..apa yang menarik kat blog aku ni..amacam???hihi


7. korang suke bace buku??berikan 1 name buku yang korang suke tue dan sebab??
Aku memang suka baca buku..I like~ Aku suka baca novel,majalah n surat khabar..hehe..tapi masalah aku kadang2 ialah aku susah nak ingat tajuk buku tu..haha..hah! Aku pernah baca buku ni..Abu Bakar Sahabat Sejati..memang best..terasa teringin sangat nak jumpa Rasulullah dan Saidina Abu Bakar..sampaikan aku berdoa sangat2 dapat jumpa dalam mimpi pon tak ape :'( 


8. korang da lame kenal bob?
Hehe..aku baru je kenal sebenarnye..<peace> apa2 pon, ur blog is interesting!


9. sejak korang follow blog bob,berape kali korang singgah bace dalam seari?
Macam aku cakap tadi...baru je aku follow..berapa kali tu i'm not sure ^_^


10. kalu belog bob ada segmen,agak agak ramai tak yang join?
Waa..bunyinye menarikk..InsyaAllah ramai tu..Don't worry la Mr bob!


11. korang suke bace ape dalam belog bob nie???
Hoho..i like ur funny entry about how to make our roomates became crazy..haha..crazy idea lah..:D


Hah! Amacam Mr Bob? Aku menjawab soalan tak?hehe..


Thank you for tagging the new blogger here :D








Tuesday 20 December 2011

" Anyam ketupat" itu harus???

Assalamulaikum! Salam Sejahtera!

Hai korang yang suka makan ketupat sekalian!

Ehem..ehem..tengah buat apa tu? Ada ke yang  tengah "anyam ketupat" ? hehe... tak kan lah bukan musim raya korang anyam ketupat lagi kot.. Hah! mesti buat ketupat untuk krismas ni kan?Apa la aku merepeks ni.. :p

Huk2..syok akak ni borak..nak join boleh?

Korang faham tak ni apa yang aku maksudkan???
Ish..aku nak cite pasal MENGUMPAT lah!

Perghhh..aku memang menyirap kat orang yang sok sek sok sek pasal aku belakang-belakang aku.. Kalau berani cakap depan la wei~ ( Sorry teremos pule)..hehe <peace>

Korang pon confirm la tak suka  la kan kalau orang dok sok sek sok sek pasal korang..kan?kan?kan?

Tapi kan ada satu soklan ni asyik aku fikir..kenapa ek asyik perempuan je mesti dikaitkan dengan aktiviti anyam2 ni? Why not the men? As far as I know, lelaki-lelaki kat luar sana pon ada je yang bermulut puaka kan?

Oklah...tak kisah la sape lagi terer anyam ketupat kan..Apa yang paling penting tu MENGUMPAT ITU HARAM!
Dalam sepotong hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim (no.2589), Rasulullah s.a.w bertanya para sahabat: "Adakah kamu tahu apa makna mengumpat?" Para sahabat menjawab: " Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Rasulullah s.a.w menjelaskan yang bermaksud:" Kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang ia marah (sekiranya dia mengetahuinya)." Sahabat bertanya: " Sekiranya apa yang saya sebutkan benar-benar wujud, adakah dikira mengumpat juga?" Rasulullah s.a.w menerangkan: " Sekiranya apa yang kamu sebutkan itu benar-benar wujud, maka kamu dikira mengumpat. Dan sekiranya apa yang kamu sebut itu tidak benar, maka kamu dikira memfitnahnya."

Ehhhh..tadi kau cakap "Anyam ketupat itu harus???"

Apa yang aku maksudkan ialah aktiviti menganyam ni harus time ada 5 situasi  yang mengharuskan mengumpat seperti berikut :

1. Orang teraniaya boleh mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku.
Namun, konsep ghibah (umpat) di sini terbatas dalam konteks menuntut keadilan. Allah berfirman yang bermaksud : "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan yang buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang teraniaya." (Surah al-Nisa' 4:148)


2. Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran, maka didedahkan kemungkaran tersebut
Ada kalanya pendedahan ini menjadi wajib apabila kemungkaran yang berlaku melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan generasi akan datang.


3. Meminta fatwa
Seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah s.a.w tentang suaminya yang kedekut.


4. Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu
Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti buta, tempang or sebagainya..Jangan pula korang sesaje je tambah cerita yeeee...


5. Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang
Terdapat 3 golongan manusia yang seandainya diceritakan keburukan mereka tidak dikira mengumpat iaitu pemimpin yang zalim, ahli bidaah dan seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan.


Walau bagaimanapun ye tuan2 dan puan2, situasi-situasi yang disebutkan di atas juga perlu dikawal dengan kaedah " al-dararu tuqaddaru bi qadariha" iaitu setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja!


Maknanya yek kalau tidak disebut nama seseorang itu lebih baik.



Ermmmm.. aku bukan lah seorang pemidato yang hebat berkata-kata, aku bukanlah seorang ustazah yang pandai berhujah mengenai hukum..tapi aku insan biasa yang ingin membetulkan diri sendiri dan cuba ingin menyampaikan sesuatu walaupun sepatah..Memang aku sendiri agak susah nak kawal diri daripada virus ni..tapi insyaAllah aku cuba yang terbaikk! Yeah!!! ^_^
Semangat sungguh anak cik adam ni yek..

 Jom la join! :D

Aktiviti ni memang la agak terkenal especially orang-orang melayu..lagi-lagi macam drama-drama petang-petang tu confirm ada yang bermulut puaka kan..ish..sama-sama kita mengubahnya yee
..sesungguhnya dirimu begitu berharga..

Imam al-Nawawi juga mengingatkan kita bahawa mendengar umpatan pon HARAM hukumnya..

Tapi kan dalam menongkah arus globalisasi ni ---> (cewwaaahh  ayat aku..hehe) confirm kita akan dengar sana sini orang dok sok sek sok sek pasal orang tu..sok sek sok sek pasal orang ni.. Lebih-lebih lagi kat muka buku..orang-orang yang bermulut puaka ni sesuka hati je dok anyam ketupat kat situ kan.. Errrr..aku paling stress dengan orang yang asyik-asyik luah ketidakpuasan hatinya dekat public.. 
Bertambah stress orang yang tak bersalah macam aku ni membacanya..huhu~

So...apa yang boleh kita buat???

Kita wajib melarangnya jika tidak membawa sebarang mudarat atau kita boleh la try tukar tajuk..Tapi kalau tu kita tak mampu..just blah je terus dari tempat tu or membenci dalam hati..senang kan??? :D

Kalau lah korang memang bermulut puaka and suka gilerrrr buat aktiviti tak bermoral ni, aku cabar korang buat benda nih!!!

Korang penah makan burger tak? Burger tu apa? Alah korang ni...yang macam krabby patty cite spongebob tu..

Yummy..spongebob! nak satu plizzzzzzzzz......

Ok2..sambung cite tadi balik..
Dapat teka tak aku nak cabar korang ape???
Ko nak cabar aku makan burger ke cik umie oi~

Yupp!!!! Memang tepat sekali!!!
Tapi ini burger bukan sebarang burger tau!!!
Kalaulah memang korang ni bermulut puaka..ce korang try makan burger daging manusia..ada berani tak bro?

Sanggup tak? Aku bet korang confirm tak lalu gilerr kan??kan??kan?? ^_^
Demikian Allah telah membuat perumpamaan dalam Al-Quran bahawa mengumpat itu umpama seseorang memakan daging saudaranya yang telah mati (Surah al-Hujurat 49:12)
Masa peristiwa Israk Mikraj pon Rasulullah telah diperlihatkan suatu situasi yang amat mengerikan iaitu suatu kaum yang memiliki kuku daripada tembaga sedang mencakar-cakar wajah dan dada mereka sendiri.
Baginda bertanya kepada Jibrail: "Siapakah mereka itu?" Jibrail menjawab : "Mereka ialah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang lain." ( Riwayat Abu Daud no 4235)
Astaghfirullahalazim...terasa banyak sangat dosa yang telah aku tanggung :'(
Ya Allah! Kuatkanlah imanku untuk menjauhi perkara mungkar ini...

p/s: Janganlah kita menjadi orang yang merasa bangkai sebagai nikmat
       Sesungguhnya mukmin itu diamnya fikir, cakapnya zikir ---> Aku suka kata-kata ni ^_^

So...from now..SAY  'NO' TO "MENGUMPAT" !!!! InsyaAllah..

Sumber inspirasi :Majalah Solusi isu 30 & 19..
 
  





Monday 19 December 2011

My Jempol

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai warga Jempol!

Sape tak tahu Jempol tu kat mana..Jempol tu merupakan satu daerah di Nageri Sembilan!

Kalau tak caya tengok wikipedia jawab :


"Jempol is the largest district in the Malaysian state of Negeri Sembilan. The district borders another Malaysian state of Pahang to the northeast. Bandar Seri Jempol and Bahau are the principal towns in Jempol.
Jempol is also the meeting point of Muar and Serting Rivers. The meeting point had played an important transportation role in ancient times. Known historically as Desa Penarikan, it connected trade posts west of the Malay Peninsula with population centers in the east coast and vice versa."

Perghhh..skema jawapan aku bagi korang..hehe..memang ramai la kan tak tahu jempol tu kat mane..kesian3x..
Jempol ni juga maksudnya ibu jari.. 
┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼████████┼┼┼
┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼░███░░░░░██░┼
┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼░██░░░░░░░░█░┼
┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼░██░░░░░░░░░█░┼
┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼██░░░░░░░░░██┼┼
┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼░█░░░░░░░░░██┼┼┼
┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼██░░░░░░░░██░┼┼┼
┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼░█░░░░░░░░██░┼┼┼┼
┼┼┼┼┼┼┼┼┼░█████░░░┼┼┼┼┼░█░░░░░░░░█░┼┼┼┼┼
┼┼┼┼┼┼┼░█████████████░┼██░░░░░░░█░┼┼┼┼┼┼
┼┼┼┼┼┼░██░░░░░░██░░█████░░░░░░░██┼┼┼┼┼┼┼
┼┼┼┼┼┼██░░░░░░░░░█░░░░░██░░░░░░██┼┼┼┼┼┼┼
┼┼┼┼░███░░░░░░░░░░█░░░░░░░░░░░░██┼┼┼┼┼┼┼
┼┼┼░██░░█░░░░░░░░░░█░░░█░░░░░░░░█░┼┼┼┼┼┼
┼┼░██░░░██░░░░░░░░░██░██░░░░░░░░░█░┼┼┼┼┼
┼┼░██░░░███░░░░░░░░░█░░░██░░░░░░░██┼┼┼┼┼
┼┼┼░█░░░░░░██░░░░░░░░░░░░█░░░░░░░░█┼┼┼┼┼
┼┼░███░░░░░░██░░░░░░░░░░░██░░░░░░░██░┼┼┼
┼░██░██░░░░░░███░██░░░░░██░░░░░░░░████░┼
┼██░░░██░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░█░░██┼
┼██░░░░██░░░░░░░░░░░░░░██░░░░░░░░██░░░█┼
┼┼█░░░░░███░░░░░░░░░░░░█░█░░░░░░██░░░░█┼
┼░██░░░░░░███████░░░░███░░██░░░██░░░░██┼
┼████░░░░░░░░█████████░░░░░░█░░░░░░░░█░┼
┼██░██░░░░░░░░░░░░░░░█░░░░░░░░░░░░░░██┼┼
┼┼██░░███░░░░█░░░░░░██░░░░░░░░░░░░░██░┼┼
┼┼░██░░███████░█████░░░░░░██░░░░░░██░┼┼┼
┼┼┼┼███░░░░█░░█░██░░░░░████░░░░░███░┼┼┼┼
┼┼┼┼┼░███████████████████████████░┼┼┼┼┼┼
┼┼┼┼┼┼┼┼░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░┼┼┼┼┼┼┼┼
┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼ .

░░█░█▀▀░█▀█▀█░█▀█░█▀█░█░░░
░░█░█▀░░█░█░█░█▄█░█░█░█░░░
▄▄█░█▄▄░█░░░█░█░░░█▄█░█▄▄░

Kira terbaiklah Jempol ni..TERBAIKKKKKK wa cakap sama lu~
Jangan ada sape2 berani kutuk Jempol ok! :p

Saturday 17 December 2011

Alkisah 3 Budak BoSom~

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Yuhuuu..bertemu kembali yek kita..hihi..buang tebiat gak nye budak ni pagi-pagi bute ni..tetibe aku teringat lagi satu cite yang Imam Muda Fakhrul tu cite..hah! siapa-siapa yang tak tahu apa cite yg 1st, silalah refer entry sebelum ni yeee..rajin-rajinkan diri anda ^_^

Cerita hari ni pasal 3 sekawan yang bosom..Apa itu BOSOM ??? Bosom tu stand for BODOH SOMBONG.. Amacam? kreatif tak aku bagi nama?hehe...ada apa dengan budak 3 orang ni???moh le kita baca cerita ni hah~

Tersebutlah kisah~

Pada suatu yang hening, 3 sekawan iaitu Sudin, Usop, dan Lan melepak la seperti biasa di tepi jalan dengan riang hatinya sambil main-main gitar dan menSUMBANGkan lagu.. Tu lah rutin harian mereka tiap hari..mencemarkan pandangan kampong je mereka-mereka ni..pencemaran betul!


Ni lah hah ghoman mereka ni..


Then...then...then..
Pak Imam Kampong Pisang lalu la depan diorang sambil naik motor kapcai dia... Beliau pon tegurlah mereka-mereka yang berhormat ni..


Pak Imam : Assalamualaikum anak-anak..


Usop         : Waalaikumussalam pak imam...Errr.sejak bila pulak kiteorang ni jadi anak pak imam?    haha..


Pak Imam : Cissss~ Main-main pulak kamu ni lah.. Ni kamu dok melepak tiap hari ni tak ada koje ke nak dibuat? Ini lah anak-anak muda zaman sekarang..Muka dah la tak pernanampak dekat masjid.. Apa nak jadi lah kamu semua ni..


Lan           :  Perghhh, sedap betul kena sound dengan orang tua ni lah ..( kata Lan dalam hati )


Sudin        : Kitorang bukan tak ada koje pak imam..Masalahnya sekarang, tak ada orang nak bagi kitorang ni koje. Kalau setakat keje kilang naik bas biru tu ape barangggg..Kitorang ni layak jadi PM ke Manager ke..baru ada kelassss..haha


Usop & Lan : Hahaha..betul2..kelasssss ko Sudin~


Pak Imam  : Kalau macam ni ghoman nya..sampai ke tua la kamu ni membujang..tak ada ciri-ciri menantu pilihan langsung..


Usop          : Amboi pak imam oi~ Sedapnyeee mulut berkata-kata...kitorang ni bukan setakat ada ciri-ciri menantu pilihan tau, ciri-ciri nak jadi imam muda pon ada.. Jangan main-main..Saya dulu masa sekolah kafa jadi imam solat asar tau..Bukan senang tu..


Lan           : Hah! betul, betul, betul! Saya dulu jadi bilal tau masa sekolah kafa tu.. Si Sudin ni lagi dasyat...menang juara hafaz muqaddam tau!


Pak Imam  : Boleh tahan juga diorang ni ( kata Pak Imam dalam hati ).. Kalau macam tu kamu buktikan dekat saya..saya cabar kamu semua ni datang masjid maghrib ni yee..Jangan lupa plak!


Usop & the gang : Okkkk Pak Imam! Ditanggung bereh!




Beberapa minit sebelum masuk waktu, Pak Imam pon gerak la ke masjid.. Sesampai je pak imam, bertapa terkejutnya beliau sebab terdapat 3 pasang kasut di pintu masuk masjid.. Masuk-masuk je dah ada Usop & the gang..Yang dasyatnya lagi diorang dah siap-siap kemas masjid..sapu-sapu..bentang sejadah..dasyatttt..


Pak Imam   : Alhamdulillah, datang juga ye kamu bertiga ni..ingatkan tak datang.. Terima kasih la ye sebab sudi kemas-kemas masjid ni.. ^_^


Sudin         : Alaaaa pak imam..kicik punya hal lah..mesti la kami datang...(sambil senyum bangga)


Pak Imam  : Hah! Dah nak masuk waktu ni...jemaah pon dah datang..sape nak azan ni? Hah, kamu Lan..kata pernah jadi bilal..kamu lah azankan yeee....


Setelah waktu masuk...


Pak Imam   : Lan..dah masuk pon waktu ni..cepat pergi azan..


Lan             : Yolah pak imam...saya pergi ni... Ehem...ehem..
  Allahhhhhhhuaakkkkkhbaarr...

Pak Imam  : Perghhhh..macam azan makkah da bunyinye ni...bagus-bagus..

Lan            :                                   Allahhhhhhuuu rabbbbbbiiiiiiiiii..

Pak Imam  : ( Sambil geleng kepala )... Hoi Lan! Mana plak kamu belajar azan cam gini..memalukan orang kampong je lah..

Lan           : Alaaa..pak imam ni potong stim betol lah...baru nak uji vokal ni..tak silap saya dulu azan cam tu lah..hehehe ( Sambil buat muka nak kene penendang )

Jemaah pon geleng kepala je..semua rasa nak sekeh-sekeh je budak ni..

Pak Imam  : Ishh..tak boleh diharap betul lah.. Pak bilal..kamu je lah yang pergi azan...tak boleh diharap budak-budak ni..lagipon dah lama waktu masuk ni..

Pak Bilal pon azan lah macam biasa...
Setibanyaaa nak solat berjemaah..

Pak Imam   : Luruskan saffff..rapatkan saffff..bersedia untuk solat.. Allahuuuuaakkbarrr.. Maaf -maaf lagi sekali ye..Alllaahhhuu..

Siap amik feel ye imam ni.. Tiba-tiba!

Usop           : Pak Imam!!! Nanti dulu!!!

Pak Imam  : Fuhhhh semangat...ada apa kamu ni Usop..buat terkejut aku lah..

Usop          : Pak Imam! Biar saya jadi imam.. Sayakan pernah jadi imam sekolah kafa dulu..

Pak Imam  : Betul ke kamu ni Sop...Ermmm..yelaahhh...

Usop pon ambil lah tempat Pak Imam..Dia pon mulalah takbiratulihram..jemaah pon follow..suddenly!

Usop         : Hahhhhh! Amacam semua! Sekali je saya takbir..tak macam pak imam tadi..hehehe

Boleh plak si usop ni pergi sergah semua orang time dia jadi imam plak tu...

Pak Imam  : Hoiiiii! Boleh lak kamu main-main ae??? Kurang asam boi betul lah kamu ni..Dah la! Biar aku je jadi imam..

Sudin         : Ehhhh..nanti dulu pak imam..biar saya jee..percayalah dekat sayaaaa..plizzzzzz~

Pak Imam : Yeke kamu ni Sudin??? Kang jadi macam kawan kamu ni..semua nya tak boleh diharap..

Sudin        : Betul pak imam..Saya serius nii..

Pak Imam : Ermmm..yelahhh..saya bagi peluangg..

Sudin pon imamkanlah solat maghrib kali ni..Perghhhhhh...merdu bak buluh perindu suara dia..

Pak Imam : ( Cakap dalam hati )... Perghhh..macam Imam Makkah budak ni baca..sedap betul suara dia..boleh buat menantu ni..patut la juara hafaz muqadam dulu..

Puji habis pak imam ni..Siap nak buat menantu..Sudin pon imamkanlah solat maghrib tu sampai habisss..
Sesudah solat..Pak Imam pon memberi sepatah dua kata...

Pak Imam  : Alhamdulillah, dapat juga kita solat berjemaah bersama-sama hari ni..bagus betul kamu Sudin..Sedap bacaan kamu..Pemuda macam ni lahh yang kita mahuu..blaaa blaa blaa

Puji melambung pak imam dekat si sudin ni..jemaah pon setuju dengan kata-kata pak imam..
Tiba-tiba !!!

Sudin menyampuk..

Sudin        : Amacam semua best tak saya jadi imam????

Jemaah    : Bezzzzzzzzzzzz....

Sudin       : Hah! Tq2..Bestkan...Tu belom lagi saya amik wuduk..kalau amik wuduk lagi bestt..boleh jadi IMAM MUDA KAMPONG PISANG TAU! --> senyum bangga ^_^

Whattt!!!! Sudin tak ada wuduk masa jadi imam!!! Semua jemaah nak pengsan time uh..Pak Imam lagi lah..pengsan terus kena serangan sakit jantung..kesian3x...


Hehe..amacam cite ni? Kurang asam betul lah si sudin ni..

Sooooo..the moral of the story is....

JANGAN LAH MENJADI SEORANG YANG BOSOM aka BODOH SOMBONG!!!

Kalau tak tahu tu..buat jelah cara tak tahu..jangan buat-buat tahu yeeeeee~


p/s: Aku tak suka orang bosom!




             



Thursday 15 December 2011

Alkisah Si Gagap... ^_^

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai ! Hai ! Hai !

Apa kabo orang di sana? Orang di sini alhamdulillah sihat belaka :)
Dalam aku tengah duduk menung sorang-sorang menanti putera turun dari kayangan --> ceewwaahh! bersastera plak yep aku ni..hehe..tiba-tiba aku teringat satu cerita ni..cite ni kelakar la juga tentang seorang yang gagap..Cite ni diceritakan kat aku oleh Imam Muda Fakhrul masa beliau bagi ceramah kat masjid uia dulu...Ooosaaahh lawak betul ustaz tu.. Terbaikkkklahh !! Meh aku citekan pasal si gagap ni..

Tersebutlah kisah~ ~

Alkisahnya cerita ni tentang seorang lelaki yang gagap. Namanya ialah Kasim..Kasim ni merupakan graduan ijazah bidang perakaunan dari IPTA terkemuka. Setelah lama menjadi         " tauke anggur " terhormat, dia tergerak hati la nak cari kerja. Akan tetapi tak ada sorang pon majikan yang sudi bagi dia kerja sebab dia seorang yang gagap yang agak kritikal kegagapannya..Kasihannnn Kasim...


Namun, pada suatu hari..


" Apa laaa nasib aku ni..tak ada orang pon nak bagi aku kerja..buat penat je aku belajar lama-lama..Ermmmm..hah!!! Kalau orang dah tak nak bagi aku kerja, baik aku buat bisnes sendiri je..lagi senang! " kata Kasim dalam hatinya..


Ooo,,rupanya dia nak buat bisnes..bisnes apa yek si Kasim ni nak buat???

" Ermm, bisnes apa ek boleh aku buat? Duit pon tak ada lagi, pengalaman pon tak ada..Ishhh,,bala-bala..Apa yek yang guna modal kicik jek? Hah!!! Apa kata aku buat bisnes surat khabar! Konpem laku ni..modal pon sikit je, " kata Kasim lagi di dalam hati..


Bisnes surat khabar rupanye...Dengan bermodalkan RM1O setiap hari, Si Kasim ni pon mulakanlah bisnes sendirian berhadnya..


Hari pertama :


" Suu..uuu..raaa..aaattt khaaa..aaa..baaarrr! Suu..raaaat khaaaa..aaabaarrr ! " laung Si Kasim..Namun semua orang buat endah tak endah je..mentang-mentang dia gagap..Ada laaa 2, 3 orang je yang beli..peninglah Si Kasim ni..


" Ermmm, sikit je yang laku rugilah aku kalau macam ni tiap hari.. " rintih Si Kasim di dalam hati..


Hari kedua dan hari seterusnya pon dia meneruskan kerjayanya itu..tetapi makin hari makin sikit dia dapat untung..mungkin sebab orang sekeliling dia tu tak sanggup kot nak dekat dengan dia..gagap yang teramat kritikal la katakan..


Tapi..Pada suatu hari yang indah...Si Kasim ni terfikirkan sesuatu..


" Kalau aku bisnes gaya ni je tiap hari, mahu gulung tikar aku..better aku pergi je terus dekat pelanggan..tak payah la aku tunggu pelanggan datang.. " kata Si Kasim ni..


Then..then..then..Si Kasim pon menjalankan missionnya itu..


Misi pertama : Pergi meja ke meja kat kedai kopi Pak Leman


Dia pon dengan bersemangatnya pergi ke Kedai Kopi  Pak Leman tu..


" Assss..sssaaa..laaammmu..uu..laaaiiikummmm baaangg! " kata Si Kasim dekat pelanggan pertamanya..


" Waalaikumussalam.. Hah! kau ni nak apa? Nah ambil singgit ni main jauh-jauh ! " dengan kereknya si costumer tu berkata-kata..


" Buuu..uu..kannn baanggg.. Saaa..aaa..yaa..  daa..aa.taanggg niii naaaa...akkk  jjuuu..uu..aalll
suuu..raa..aatt  khaaa..aabaarrr..   Taaa..aa.piiii  kaa.aa..laaaauuu  aaa...baaannggg  taaaaakkk  maaa..aaa..huu..uu  beee.e..liii..ii, saa..aaa..yaaa   boo..lehhhh  toooo..longggg  baaa...caa.aa..kaannn ^_^ " dengan riangnya Si Kasim ni berkata-kata..


Tapi..bila pelanggan yang kerek tadi tu dengar je kalau dia tak beli surat khabar tu, si gagap ni nak bacakan paper tu kat dia..terus je dia beli paper tu..ala-ala ugut gitu Si Kasim ni..


" Fuhhh, nasib baik aku beli surat khabar budak ni..kang tak pasal-pasal aku terpaksa dengar dia baca paper tu tergagap-gagap.. " bisik si pelanggan tu dekat kawan dia..


Si Kasim ni pulak dengan riang hati nya meneruskan mission possible dia tu. yang paling best, paper dia jual hari tu semua laku! Tak ada satu pon yang kena jual dekat apek tauke surat khabar lama tu..


( Cerita ini tiada kaitan sama ada yang masih hidup atau pon yang telah meninggal dunia.. Nama yang digunakan hanyalah sekadar rekaan semata-mata )




Hah! Amacam?best tak cite ni?? hehe.. walaupon nampak macam simple je..tapi cite ni penuh dengan pengajaran taau..

Kadang-kadang kita rasa down dengan kelemahan kita..tapi mesti lah setiap sesuatu tu ada hikmahnya kan..macam Si Kasim ni..walaupon dia gagap kritikal,tapi dia gunakan kelemahan dia tu untuk buat dia berjaya..cayalahh!

So...kita pon kena macam tu..sentiasa berfikiran positif dan maju ke hadapan!!!







Wednesday 14 December 2011

Handphone bunyi masa solat???Apa nak buat??

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai korang!

Waa..lama gak la jari jemari aku tak menari-nari taip entry baru..biasalah,orang tak ada idea memang macam gitu..nak post something mesti lah sesuatu yang bermanfaat, ye tak ? ^_^

Berbalik pada tajuk ni..apa korang buat kalau phone korang bunyi time solat???Lagi-lagi kalau phone tu ada dalam poket or korang letak dekat depan sejadah? Mesti tak khusyuk kan? Tension betul..time tu lah ada "gangguan teknologi" ek.. Lagi-lagi time dalam masjid or surau kalau lupa off awal-awal or silent, lagilah menganggu ketenteraman awam.huh!

Ok, kat sini aku nak share apa yang aku tahu apa yang boleh kita buat~


Tu lah yang boleh kita buat..sorry kalau tak jelas sangat :)

From : Majalah Solusi

Friday 9 December 2011

Ermm..Sebulan je lagi...

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai students yang tengah cuti espicially UIA students yang tengah cuti 3 bulan tu!

Huh..sedar tak sedar tinggal SEBULAN  je lagi cuti ni!!! Huaaaaaaa :'(

next month dah masuk sem3..huhu..macam mane la agaknya ye..
semalam aku dah dapat surat dah dari uia pasal re-exam paper maths..kenapalah jadi macam tu ye..sabar lah wahai sahabat-sahabat semua yang kena re-sit balik paper tu..

Tapi aku rasa ok gak la..dapat 2nd chance untuk aku baiki kesilapan masa final hari tu..bayangkan aku tengah2 cek..sekali ada 1 soalan salah buat..then..then..then...masa nak habis dah time uh..kelam kabut den buat balik..lastly, masa aku nak tulis jawapan..lecturer tu cakap masa dah habis!!!!
Huaaaaaa :'(

Apa-apa pon aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk exam ke2 ni..good luck ye semua uia students yang amik maths 1 masa sem 1..InsyaAllah anda boleh!!!

Kalau korang nak tengok balik soalan tutorial and quiz..Boleh la tengok kat sini KLIK SINI!!!
aku punya semua dekat study room kat hostel..hehe..tak tau pulak boleh jadi macam ni..alhamdulillah ada buku teks,notes, and jalan kira compilation final maths :D

Ok lah, aku nak start belajar maths balik nih..rasa dah berkarat pulak otak ni..tu lah sape suruh bagi cuti lame sangat :p

Tata~

Wednesday 7 December 2011

Errr...Kenapa aku tak suka Sinetron Indon???

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai peminat-peminat sinetron sekalian!

Untuk pengetahuan anda, anda dan anda!
Masa aku tengah blogging ni, cerita sinetron SEDANG DITAYANGKAN!!!
Tapi malas la aku nak tengok..nak tahu kenapa???sibuk je lah korang ni..hehe..ok2, meh aku cite beberapa sebab kenapa aku malas nak tengok~

Tapi sebelum tu...aku cakap awal-awal ni yang entry ni tak ada sebarang semangat kenegaraan,bukan nak kritik...tapi ni just pendapat-pendapat orang biasa seperti aku..Kalau ada sesiapa yang marah,aku minta maaf awal-awal ni..aku saje je nak cite kenapa aku tak beberapa gemar~ :)

Alkisanyaaaa kenapa aku tak suka?????


1. PART TUKAR BABY


Comel kan baby ni??hehe (Gambar sekadar hiasan)


Hah! ni yang aku pelik...hampir setiap sinetron ada kes main tukar2 baby masa kat hospital..tak ke pelik tu..sesuke hati diorang je main tukar2 anak orang..macam tak ada pengawasan dan peraturan je hospital tu..tak ke pelik tu? Macam tak ada perasaan je orang yang tukar tu..tension and bertambah stress aku tengok!


2. PART HILANG INGATAN


Part ni memang digemari ramai..ye tak??hah!korang pon tak suka..sama la kita..huh! Macam aku cakap tadi part ni pon hampir sume cite indon ada!!! Amazing kan!!! Part ni lah yang menambah kehebatan cerita tersebut! Dan...dan...dan....menambah ketidaklogikan cite itu! Pelik betul..may be scene ni lah yang dapat rating tinggi kot,sebab penonton2 di rumah macam anda akan ternanti-nantikan bila pesakit tersebut akan sembuh! Tapi kenapa ek mesti watak baik yang akan hilang ingatan?sape tahu???


3. PART RUMAH TERBAKAR


Api~ Api~ Tolong!!!!

Serius aku cakap part ni pon hampir semua cite indon ada, kan???? Malangnyaaaaaa...memang watak baik je kena attack..yang evil tu macam bebas je nak buat apa diorang nak..pelik..pelik...ni sume kes balas dendam..tak pon sesaje cari pasal..


4. PART PELANDUK 2 SERUPA

Part ni pon tak boleh blah..ok2..aku mengaku pelanduk 2 serupa memang la ada...tapi dalam kess ni memang serupa sangat...sampai yg watak evil tu boleh upah pelanduk 2 serupa si A untuk jadi suami kepada isteri si A tu..kasihan bangat sih bini dia..tak pasal-pasal je ada 2 laki..huh!


5. 1 SCENE YANG LAMA

Apa yang aku maksudkan..ada la beberapa cerita yang 1 scene kat tempat yang sama je sepanjang 1 episode tu..korang paham tak maksud aku?ok2, contohnya...dari start cerita: family si C melawat C tu kat hospital..then..then..then..sampai la abis episode hari tu still kat hospital lagi..bayangkan hampir 1 jam cite dekat hospital,nangis2 then cakap sikit2, nangis lagi..pas tu iklan,then..then..then..si C mati..pas tu nangis2 lagi..the end..serius ada cite macam ni..aku pernah tengok!


6. EPISODES YANG TERAMAT PANJANG

Korang pernah tengok cite bawang putih bawang merah tak? tak pernah? tipu laaa..cerita ni memang hot ok! cerita tu memang banyak gilerrrrr episodnya..ada juga sinetron-sinetron indon yang mengambil masa hampir setahun atau setahun lebih untuk habis!!! Dasyatkan...kreatif betul...tapi apa yang boleh aku conclude..
SEMAKIN PANJANG SESUATU CERITA, SEMAKIN BERTAMBAH KEMEREPEKAN CERITA TERSEBUT! padahal kita da tahu dah..mesti happy ending punya lah cerita tu..


7. PART SUSPEN

Time ni kalau korang perasan mesti cameraman tu akan tunjuk muka sorang-sorang pelakon yang ada dengan mata yang besar siap ada background music yang mendebarkan~ ~..huh!


8. TAK WUJUD POLISI

Ni serius aku cakap..hampir semua sinetron macam tak wujud dan tak berkesannya tugas polis..yang evil boleh buat apa je..contoh: membunuh,menculik,langgar lari..then..then..then..yang paling menyakitkan hati..yang evil sesuka hati je suruh tangkap yang baik-baik ni masuk penjara without any evidence!!! polis tu pon ikut je la apa evil tu suruh..tak logik kan???


Ok guys, that's all for today...enjoy your sinetron yeee..jangan terpengaruh plak dengan kata-kata aku ni..hehe..aku just cerita je kenapa aku tak beberapa gemar..kalau ada yang marah~ maaf ye..sebenarnya aku layan je cite2 indon ni, sebab tu lah aku boleh describe betul2 apa yang ada dalam cite tu XD
hehehe..tata~titi~tutu~

p/s: aku suka juga sinetron ni sebab semua sinetron ada lagu best2..dan banyak juga nilai-nilai baik yang boleh kita jadikan pengajaran..YANG BAIK DIJADIKAN PENGAJARAN, YANG KURANG BAIK DIJADIKAN SEMPADAN~






Sunday 4 December 2011

Dihimpit Ketika Tidur? Angkara Makhluk Halus? Realiti Atau Mitos?

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai makhluk-makhluk sekalian tak kira la kasar atau halus!

Amacam entry aku kali ni? Ada seram tak? Jeng...Jeng...Jeng...
Korang pernah tak rasa macam dihimpit masa tidur? May be korang rasa macam korang tak boleh gerak dalam beberapa seconds atau minit..then..then..then..korang mula la fikir yang korang dihimpit makhluk-makhluk halus~ Ada tak???

Kalau aku...tak pernah lagi rasanya kena macam ni..tapi aku selalu juga dengar-dengar pasal ni lagi-lagi masa duduk dekat asrama dulu..perggghhhh..memang meremang gak la kan kalau dengar cite-cite hantu ni..dulu aku selalu gak fikir apa rasanya ekk..ishhh tak mahu la aku..minta-minta dijauhkan..


Aku rasa sleeping beauty ni ada penyakit ni lah..sebab tu tak sedar-sedar :p

Ok2, apa yang aku nak cite kat sini ialah ADAKAH BENAR INI SEMUA ANGKARA MAKHLUK-MAKHLUK HALUS?? kasihan diorang ni asyik kena tuduh je ye..
Sebenarnya tadi aku buat la researched sikit..then...then...then...aku jumpa la satu fakta yang mungkin korang dah tahu atau ada yang belum tahu pasal kejadian ni!


Alkisahnya ialah.............


Fenomena dihimpit ni sebenarnya ada istilah dari segi sainstifik iaitu "SLEEP PARALYSIS" atau kalau dimelayukan "LUMPUH KETIKA TIDUR"...Ini sebenarnya temporary paralysis atau lumpuh sementara..Temporary paralysis ni kadang-kadang berlaku masa nak tidur (hypnagogic paralysis) atau  masa nak bangun tidur (hypnopompic paralysis)..


Normal badan manusia apabila masuk tidur yang nyenyak (REM- rapid eyes movement)- waktu nyenyak bola mata kita akan gerak-gerak...otak kita akan bagitahu badan supaya berehat macam switch off kejap..Otak kita pun ada switch off button tau yang dipanggil (Reticular Activating System RAS )...So...time ni REM atonia( tiada muscle tone). Yang tinggal time ni hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan lain-lain lagi..


Jadi masa kita bangun, RAS tu switch on balik...Kita akan sedar sepenuhnya...But sometime berlaku keadaan di mana electrical signal tidak diactivekan  oleh otak untuk switch on balik badan kita..Masa tu mungkin korang pernah rasa macam lumpuh kejap tapi sebahagian sahaja..May be ada yang yang boleh gerakkan jari tapi bahagian lain tak boleh gerak..huhu..macam seram pula kan...


One more thing! Sleep paralysis ni juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi-bunyi pelik), visual (nampak benda bukan-bukan), tactile (deria sentuhan,terasa seperti ada benda sentuh,hempap dll)..Jeng..jeng..jeng..korang pernah rasa macam ni ke??ce cite ce cite..


Kalau korang nak tahu..antara sebab-sebabnya ialah...............


1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama..
2. Jadual tidur yang tak tentu arah ( irregular sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur)
4. Stress yang teramat..
5. Pertukaran gaya hidup yang tiba-tiba ( macam biasa dok kat rumah, tiba-tiba esok kena gi panjat gunung, berenang kat tengah laut dll)
6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun masa tengah gosip-gosip)..


Hah! Ada tak korang rasa macam ni???mungkin ini semua angkara SLEEP PARALYSIS!!! cissss~
tertipu la kita selama ini yeee..hehe..Kalau korang nak baca artikel pasal ni KLIK SINI!


K lah, sekian info aku masa boring-boring ni..harap korang dapat input yang baru..tata~


p/s: Segala yang sempurna datangnya daripada Allah s.w.t dan segala kekurangan datangnya dari diri aku sendiri..harap maaf ye kalau ada tersalah bahasa dan kata. :D