CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 27 May 2012

Impian & Angan-angan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Yuhuuu... Aku sebenarnya baru pulang dari kampung semalam..Kampung mana? Kampung aku le kat Segamat..Memang best la kan dapat jumpa atok & sedara mara semua.. ^_^ Tapi yang paling terbaikkkk, dapat makan laksa Johor~~ Huuuu... Ok fine..tiba-tiba berbunyi pule perutku..Perghh memang mantap la kan laksa hari tu..thank you mak,atok, Cik Ru & Cik Nor sebab masakkan laksa untuk kami semua :D
Aku dulu sebenarnya tak tahu pon ada banyak jenis laksa..tetapi setelah lidah aku ni dapat merasa pelbagai laksa tersebut..barulah aku mengerti..hehe..Bagi yang tak tahu bagaimana ya rupa laksa johor..meh sini aku tunjukkan!

Tadaaaaaa..ni lah dia..
(Thanks google bagi gambar ni..hehe)

Seriously aku lapar sekarang..sabar ye wahai perut...

Sebenarnya aku rasa macam kekok sikit nak menaip ni..biasa la lama dah tak buka blog ni..kesian blog ni..huhu

Ok..actually LAKSA is not my main topic today.. 
Aku nak cerita pasal IMPIAN & ANGAN-ANGAN..

Apa beza impian & angan-angan ni yek?
Err..sebenarnya tak ada beza pon.. :D

Kalau dulu masa aku kecik-kecik, banyak gila impian aku.
Until now..impian-impian tersebut masih tak terlaksana..huhu
Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi doktor..haha..standard la kan cita-cita time jadi kanak-kanak ribena..bila orang tanya kenapa nak jadi doktor..mesti jawapannya nak tolong orang sakit..tapi bila aku start je belajar biology masa form 4, aku teringat balik cita-cita aku tu..Errr..boleh ke aku jadi doktor, biology pon tak pass..hehe..seriously aku memang bermasalah dalam bab-bab bio ni..sebab tu la sekarang aku ambil kos yang tiada bio sama sekali..hehe..

Then...then...then...

Masa aku kecik-kecik dulu aku terfikir nak jadi cikgu sebab kalau hari guru je mesti cikgu-cikgu ni dapat hadiah..haha..best gak kan..mak aku pon lebih suka aku menjadi seorang pendidik..doakan aku yek :)

Sebenarnya bagi aku bukan cita-cita je merupakan suatu impian.. Banyak lagi benda yang aku teringin nak buat! Tolonglaaaa saya~~
Aku teringin nak menunaikan haji,belajar berenang, menembak,memanah, main biola & piano, nak 4 mendatar,buat master dekat Korea,dan banyak lagi lah....... Sesiapa yang terasa nak ajar aku berenang,menembak,memanah, or main piano & biola please contact aku cepat-cepat yee..sesungguhnya bantuan anda amatlah bermakna...hehe

Aku tak tahulah macam mana ya caranya untuk aku capai sume impian-impian aku ni..tapi aku yakin kalau kita rajin berusaha, berdoa & bertawakal..InsyaAllah Allah akan turunkan jalannya...

Tak salah kalau kita ada impian pelik-pelik..Yang penting tak menyalahi hukum agama kan..So berpada-padalah dengan impian-impian anda..

Err..cukup la kot aku membebel dekat sini..perut aku dah makin kuat plak lagu dondang sayangnye..hehe.. Oklah..Assalamualaikum..


p/s:Doakan aku yeee.. Jazakillahi khairan kathirah..
    (Kalau sudi cerita la pulak impian-impian korang tu~~)
















1 comment:

Azery said...

boleh jadi sesuatu yg kamu suka itu buruk bagi kamu dan sesuatu yg kamu benci itu baik untukmu. (maksud surah albaqarah ayat 216