CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 1 June 2012

Pesanan Penaja Untuk Juniors CFS IIUM sekalian~~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai..hai..hai...apa khabar wahai juniors sekalian yang mungkin tengah seram sejuk menunggu hari esok atau lusa atau tulat..hehe.. (Aku dengar-dengar korang masuk 2/6-4/6 ni) Yang pasti, mesti budak-budak engine lagi seram sejuk la kan sebab esok korang insyaAllah masuk CFS IIUM..Tahniah diucapkan kerana korang berjaya terpilih untuk masuk ke sini :)

Kepada sesiapa yang rasa diri tu dah nak jadi or memang seniors..nak baca entry ni pon boleh..tak nak baca pon tidak mengapa..hehe.. Entry ni khas akak buat untuk adik-adik yang bakal masuk ke sini..macam sharing moment sikit la and ada la sikit pesanan-pesanan yang mungkin boleh membantu korang insyaAllah.. Mungkin ada yang dah tahu banyak perkara tentang CFS IIUM lebih-lebih lagi members group muka buku CFS IIUM 2012/2013.. Kepada yang belum join group tu sila la join..masih sempat lagi..hehe..Bagus la korang..belum masuk dah ada group batch..
Tahniah kepada seniors yang buat group tu & Tahniah kepada seniors dalam group tu yang sangat sudi membantu mereka!!!

Macam akak cakap tadi mungkin korang dah banyak tahu pasal CFS tu..tapi kat sini akak nak cerita ceriti sikit la pengalaman akak..hehe..Harap dapat membantu korang semua nanti...

  • Registration - Kepada yang register esok akak harap korang dah prepare dan semak balik borang-borang or apa-apa aje lah yang uia nak masa regiter nanti..siapkan betul-betul..kalau tak lengkap nanti registration korang jadi lambat dan leceh..kasihan parents or family korang tunggu kat luar lama-lama nanti.. Hah! akak ada tips untuk korang kalau nak dapat level bawah dekat mahallah.. Silalah datang awal yeeeee...kalau boleh bila gate buka je korang terus masuk..hehe Kalau akak dulu datang dah nak tengah hari..tu yang dapat level 4 tu dekat Mahallah Zainab..fuhhhh..tangganye sangatlah mencabar...kesian my parents & abang ipar kena panjat tinggi-tinggi sebab nak hantar barang..huhu..Bila dah dalam dewan nanti..borak-boraklah dengan orang sebelah...mane tahu satu kos or tinggal dekat negeri yang sama :)

  • Mahallah - Sebagai dah sedia maklum..sisters ada 3 mahallah & brothers pon ada 3 mahallah..ikut nasib lah korang dapat mahallah mana..tapi kalau nak Mahallah Zainab contohnya, akak rasa boleh je korang minta masa dekat meja registration mahallah dalam dewan tu nanti.. Lepas dah dapat kunci, pastikan mahallah mana korang kena pergi & bawalah sekali barang-barang korang tu sekali.. Nanti dah dapat roomate, jangan lupa kenal-kenal..hehe..Kebiasaannya bagi sesiapa yang pernah duduk asrama, dah biasa lah kongsi bilik dengan orang lain tapi kepada yang tak pernah tinggal dekat asrama mungkin ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru tanpa ibu bapa or family di sisi.. mungkin akan ada yang homesick..so roomates yang lain tu sila la mainkan peranan anda..saling nasihat menasihati sesama sendiri ok~ Lagi satu yang paling penting! Sila jaga barang-barang anda sendiri! Jangan buat sambil lewa je! Biasalah tempat baru,kita tak kenal lagi hati budi masing-masing dan latar belakang..Bukan bermakna korang bersangka buruk tapi sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecurian.. Biasalah bak kata orang rambut sama hitam,hati lain-lain.. Jaga betul-betul tau especially laptop, barang kemas, handphone or duit korang..Dan jangan sesekali terdetik di hati untuk ambil barang orang tanpa kebenaran ye.. Ingat Allah itu Maha Melihat! Jangan kerana nila setitik habis rosak nama uia!
  • Electrical items - Kebiasaannya electrical items yang perlu dibawa ialah iron and water heater..iron memang tak disediakan..tapi kalau tak mahu bawa water heater pon tak apa..dekat mahallah ada water cooler..kat situ ada air sejuk dengan air panas.. Tips paling mudah,bila dah dapat roomates nanti decide la nak guna iron sape or water heater sape.. Tak ada lah korang kene bayar banyak sangat nanti untuk register electrical items.. Nak bawa standing fan pon boleh..mana tahu kipas mahallah tu tak cukup untuk korang..hehe.. Paling penting! Sila daftarkan barang elektrik anda itu ye dan bayar! Nanti korang akan dapat sticker, then lekatkan dekat electrical items tu!

  • Taaruf Week - Taaruf Week ni minggu orientasi.. Memang best taaruf week dekat uia..Yang pasti korang tidak akan dibuli oleh seniors..hehe..Seniors semua baik-baik belaka dan sangat membantu.. Kalau akak dulu, taaruf week memang relax and sangat best.. Masa tu ada Cultural Night dekat padang, so bagi sesiapa yang nak menunjukkan bakat "terendam" anda, silalah join buat persembahan..hehe.. Masa Taaruf Week tu juga sebagai sedia maklum korang akan menduduki exam English Placement Test (EPT), Arabic Placement Test (APT), Fardhu Ain Test & Tilawah Test.. Buat yang terbaik tau! Fighting!!! Kalau yang tak ada basic arab masa sekolah, korang tak payah pening sangat jawab soalan arab tu..kalau nak keluar lepas tulis nama pon boleh..Nanti korang akan masuk ke kelas Part 1 Arabic language..  Akak dulu takut gak nak ambil exam ni..yela akak ambil Bahasa Arab Komunikasi je masa PMR...masa form 4& 5 akak ambil sc tulen..so memang dah lama la tinggal bahasa arab.. Tapi masa exam, akak jawab je mana akak mampu..esei memang tak sentuh la..haha..Alhamdulillah akak dapat Part 2 Arabic Language..Buat pengetahuan korang arab memang ada 2 part je.. Segan la juga masuk kelas tu..semua dalam kelas tu budak yang ambil arab masa SPM..huhu Kalau EPT pula, akak dapat level 5...tak exempted pon..huhu..biasa lah BI tak terer.. Kalau BI pulak korang akan ada 6 level.. Tapi bila final exam sekiranya korang dapat markah yang dah boleh exempted, korang tak akan ke next level..tapi kalau tak exempted, korang perlu ke next level tapi kalau korang dah memang level 6, so korang akan repeat level tu balik..So buat yang terbaik ye nanti!!! 

     Kalau bab pakaian..korang mesti tahu kan kalau sisters mesti pakai baju kurung dengan tudung putih..Nak pakai tudung putih uia bagi pon boleh..nak pakai tudung sendiri pon boleh..tapi pastikan tudung anda betul-betul menutup aurat dan tidak terlalu over..hehe.. Sekiranya nak pakai tudung bawal putih, sebaiknya pakai la inner tudung sebab tudung bawal kan jarang...inner tudung tu nak jahit sendiri pon boleh or beli dekat busana dekat uia..rasanya ada jual.. Kalau majlis rasmi sisters nanti pakai baju batik yang diberi, kain putih & tudung putih.. Hah! macam kat bawah ni..Ni contoh baju batik zaman akak setahun yang lepas.. Sila abaikan muka kami di situ..( Sorry Irma & Yat aku terguna muka korang kat sini..hehe)



  • Cafe - Kalau bab makan jangan risau..semua mahallah ada cafe kecuali Mahallah Fatimah (brothers).
    Kalau akak, akak memang selalu pergi makan dekat Cafe Mahallah Aisyah walaupon akak duduk dekat ZC.. kat situ lauknya banyak, murah pon murah, tauke yang peramah & kalau order masakan panas sangat cepat diorang masak,sedap pula tu..hehe.. (kena minta komisen ni dekat cafe AC dok promote cafe dia kat sini..hehe) Tapi kalau sisters nak makan western sikit..pergilah dekat cafe ZC..kat situ ada chicken chop, wedges, mee sizzling, spagheti, & macam-macam lagi lah..kalau nak pizza call sendiri la ye domino or pizza hut yang berdekatan..hehe..Kalau cafe brothers,biasanya akak pergi dekat Cafe UKC sebab nak beli ice blended je..


  • Outing - Rasanya ramai dah tahu port paling ramai budak u lepak especially UIA,UM or seangkatan dengannya ialah Mid Valley..korang hanya memerlukan RM1.90 sekali pergi & memang dekatlah..hehe..sebab memang ada Bas Metro(12) & Bas Rapid KL(U85)  lalu lalang kat situ.. LRT Stesen Universiti pon dekat..So memang senang lah nak pergi mana-mana.. Tapi kalau korang malas nak pergi jauh-jauh..boleh je pergi Jaya One..just jalan kaki sikit je.. kat situ ada Seven Eleven & pasaraya..Mula-mula akak pergi, tak tahu pasaraya dia kat mana..puaslah mencari..rupanya kene turun lift..dekat bawah pulak..hehe..tempat tu tak ada lah ramai sangat orang.. Bagi sesiapa yang tak tahu, setiap hari Selasa korang boleh keluar pergi pasar malam kat sebelah CFS..jalan kaki je..Sebaik-baiknya sisters kalau nak outing, pakai lah baju kurung or jubah..Kalau nak pakai seluar, sila pakai baju yang labuh macam baju muslimah or dress yang labuh..kalau nak juga pakai pendek-pendek, bersiap sedialah dengar ceramah pak guard & berkemungkinan besar korang kene pusing balik mahallah tukar baju.. Kalau brothers, pakai macam biasa je..jangan pakai seluar pendek pula..Hah! Ada lagi satu! Pastikan korang bawa sekali kad matrik kalau nak outing!!! Pernah sekali tu, akak ni first time nak outing so tak tahu pula kena bawa kad matrik sekali..sampai je dekat gate dah excited dah ni sebab dah ada bas tunggu..AKAN TETAPI PAK GUARD TIBA-TIBA BERTANYA..

Pak Guard : Mana kad matrik ni?
Aku            : Errr..terlupa nak bawa la pak cik..
Pak Guard : Ehhh..Orang lain boleh bawa..tak kan kamu tak boleh bawa! ( sambil buat muka      
                     nak telan orang)

Aku             : Alamak macam mana ni ek---> cakap dalam hati je.. sambil buat muka kesian.
Plizzzzzz pak guard bagi saya outing~

Pak Guard tu buat tak layan je..aku pon melangkah pergi ke mahallah semula sebab nak ambil kad matrik sahaja! Ingat dekat ke..dah la level 4!!! Tapi disebabkan keterujaan nak outing, akak pon pergi la ambil.huh!

Ok kalau korang nak pulang bermalam ke rumah..sila ambil outing card dekat warden hisbah korang nanti and minta lah signature mereka.. Nanti hisbah korang akan buat taklimat selanjutnya.. Outing hanya boleh pada hari Jumaat- Ahad..balik before 10 p.m ok..

  • Majlis Ilmu - Majlis Ilmu memang banyak dekat sini..Contohnya, talaqi,usrah,ceramah dan banyak lagi..Imam muda, penulis buku or penceramah terkenal memang selalu datang sini..kadang-kadang dalam satu malam tu, akak sendiri confuse nak pergi yang mana satu..huhu..Biasanya talk ni dianjurkan oleh society..tak kira lah apa-apa society.. Jangan tak pergi tau..sesekali tu join la..kita akan dapat ilmu baru yang susah nak dapat dan dapat mengisi kekosongan rohani kita insyaAllah..


Ni kenangan yang tak dapat dilupakan..hehe..akak dapat berborak sendiri dengan penulis novel sejarah Islam yang sangat terkenal, Pak Latip atau nama sebenar Abdul Latip Talib..akak memang minat baca novel beliau..sempat la juga minta signature dekat novel Sultan Muhammad al-Fateh..hehe.. Masa ni beliau bagi talk tentang Mustapha Kamal Atartuk..memang best!!!

  • Bilik 401A Mahallah Zainab Jahsy - Bilik ni memang "misteri" sebab pernah dihuni oleh 2 orang sisters yang bijak bestari..hehe..tak ada apa yang seram pon lah..ni lah bilik akak dulu..so kalau sesiapa duduk kat sini,bagitahu la ye..mana tahu ada barang akak tertinggal ke or nak minta tolong apa-apa ke.. Bilik ni memang best..kelebihannya dekat dengan surau , ampaian yang luas & study room.. akan tetapi korang kene panjat tangga yang sangat mencabar dan bilik ni betul-betul menghadap Mahallah Abu Bakar (brothers)..so tak boleh buka tingkap luas-luas la..huhu..tu yang kureng sikit tu..


  •  Study Room - Kalau ZC study room ada setiap level di blok A.. Akak & roomate akak ada tinggalkan notes & compilation exam paper dekat study room level 4 tu..so sesiapa rasa dia nak datang la cepat-cepat..sape cepat dia dapat..memang akak saje je letak situ..wakafkan je la sebab dah tak guna dah..so nanti korang tak payah beli lagi compilation exam.. Study room situ memang best lagi-lagi level 4 tu..kita akan dapat melihat panorama yang indah..hehe..kat situ nampakla rumah-rumah mewah yang ada swimming pool ( kadang-kadang rase nak terjun masuk je dalam rumah tu), nampak la mahallah aisyah & abu bakar, kolej mahsa pon nampak & macam-macam lagi lah..

Last minutes preparation before exam ---> sambil menikmati sarapan..hehe

  • Kelas - Kalau bab kelas, korang tak payah risau..nanti uia akan bagi jadual kelas..dulu masa first time nak pergi kelas..memang awal akak bangun..macam kat asrama sekolah..haha..punyalah excited..biasa la awal-awal memang macam tu...bila dah lama-lama, lagi 5 minit nak start class baru nak siap-siap..hehe..tapi tu depend on lecturers..kalau kita dah tahu lecturer tu datang awal, kita kene la datang awal yee.. Lecturers kat sini memang best.. Kalau dulu kat sekolah kita ada cikgu yang nak beri nasihat.. Kat sini kita still ada lecturer yang sangat membantu.. Ada seorang lecturer ni, beliau ajar maths..beliau sangat bagus & macam ibu kitorang dekat situ..Kalau setiap hari Jumaat mesti ada slot tazkirah..macam-macam la ilmu yang beliau bagi..bukan sahaja ilmu maths tapi ilmu akhirat..sangat best!

  • Lab session - Student sc memang akan ada lab session bermakna korang kena buat experiment sama ada dalam group or individual & kena buat lab report sendiri.. Bukan macam kat sekolah dulu..kalau sekolah, cikgu bagi or tengok buku kan..hehe..Dalam lab report tu akan ada satu part yang mana korang kena kaitkan experiment tersebut dengan Islam..Contohnya, bagi la ayat-ayat al-Quran atau hadis yang berkaitan..Mula-mula akak pening gak macam mana nak kaitkan force dengan Islamic value..tapi bila fikir betul-betul, korang akan dapat jawapannya insyaAllah..  So korang memang kena beli lab coat CFS ye..

  • Hari Rabu - Ada apa dengan hari Rabu??? Bagi yang tak tahu lagi hai Rabu, sisters wajib pakai tudung putih.. Kebiasaannya spot check akan dibuat hari Rabu. So, bawalah kad matrik anda setiap masa ye..takut-takut kena saman pulak RM50..tapi boleh dapat diskaun..hehe..Setakat ni akak tak pernah lagi kena..huhu..Alhamdulillah selamat duit den..

  • Technicians - Kenapa dengan brothers technician? Sebenarnya mereka sangat membantu sekiranya bilik korang black out or kalau ada kerosakan.. Dulu masa  nak final sem 1, bilik akak tiba-tiba black out..asyik black out je.. just call office diorang..insyaAllah diorang akan datang secepat mungkin..sebab memang diorang ada 24 jam.. kalau ada problem electric sila call this number         03-79463098.. Tapi kalau lampu rosak ke apa-apa je lah yang rosak..firstly report dekat mahallah office masing-masing ok~
Fuhhhh..penatnya menaip..rasanya semua ni dapat membantu insyaAllah.. Kalau jumpa seniors yang kenal tegur-tegur la ye :) Kalau nak minta tolong cakap je ok! 

Korang sepatutnya bersyukur dapat masuk ke CFS IIUM..mungkin ada yang kat luar sana tak dapat pon masuk mana-mana.. Mungkin ada yang frust sebab tak dapat study kat oversea..kononnya result yang dia dapat tu memang patut ke oversea..tapi apa kan daya..Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita..Jangan risau ye adik-adik sekalian.. Rezeki Allah itu sangat luas..Tak semestinya tak belajar dekat oversea kita tak boleh berjaya...Mungkin akan ada yang akan comment macam-macam bila dah masuk uia.. Anggap lah ini semua dugaan untuk membuatkan kita menjadi lebih kuat dan menjadi students yang berjaya dunia & akhirat insyaAllah..

Sesungguhnya disebalik kesusahan itu akan ada kesenangan..Itu janji Allah kepada kita...

Akhir sekali, ahlan wasahlan kepada juniors sekalian!!! :)

Sekian.

p/s: sorry lah akak banyak cite pasal ZC & sisters je..hehe



11 comments:

Natasha Saharrudin said...

thanks akak sgt membantu...
tp still cuak nk pegi n yg pling x bole bla rse nak bwk je satu wadrop kt rmah ni..

Ummi Rashidah binti Adam said...

alamak..x muat la l bilik nanti..haha

Cik Yana said...

tq akak...byk info brguna...tp mood still nak duk rumah lg..hehe...

Ummi Rashidah binti Adam said...

Hehe..Enjoy your taaruf week nanti ok! :D

Mr Muhammad said...

salam. akak kata banyak cite pasal sisters je. nk tnya. tau tak mana2 blog yang cite pasal brothers pulak? blog member-member akak ke? tq. syukran.

Ummi Rashidah binti Adam said...

Cuba baca kat sini http://ordinaryguy92.wordpress.com/frequently-asked-questions-cfs-iium/
:)

raindrops said...

assalamualaikum, kak thanks for the info :)

Ummi Rashidah binti Adam said...

Waalaikumussalam..welcome ^_^ Semoga bermanfaat.

Unknown said...

salam,akak.perlu ke bawak laptop and printer semua time mula mula dftar tu?sbbnya rumah sy jauh.

Unknown said...

Cik Rashidah..bagus sekali..maklumat lengkap utk para junior..


Mohon tumpang iklan..jika ada sesiapa yg memerlukan tpt tinggal sementara berdekatan uia..pihak kami ada menyediakan homestay.
Layari blog dibwh utk maklumat lanjut. Thanks.

http://homestaysunflower.blogspot.com/?m=1

Nasuha said...

Makanan Kat sana disediakan ke tanggung sendiri ?