CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 4 June 2012

Alhamdulillah :')

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi dengan nikmatMu ini..

Result CFS IIUM baru sahaja keluar..ingatkan nak tengok petang tadi tapi hujan berpetir-petir pulak dekat sini..So aku tengok la malam ni...menggigil juga jari ni time nak buka portal tadi..dengan lafaz basmalah,aku teruskan juga.. Ok bila buka je, ERROR..biasalah tu orang semua dok sibok online nak tengok result..So aku pon refresh la banyak kali...

Alhamdulillah setelah beberapa kali refresh baru la dapat buka...then..then..then..aku terus buka ke part My Academic--> Result Slip..Huh..rasa nak pengsan pon ada..

Then dapatlah aku tengok result aku..

Nak tahu ke aku dapat berapa? Tak payah la tahu..biarlah rahsia..hehe..Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat walaupon aku belom lagi dapat mencapai matlamat aku 4 FLAT.. Ya..aku tak dapat 4 mendatar..agak kecewa....tapi ini semua Allah telah tentukan apa yang terbaik untuk aku..Walau bagaimanapon aku still bersyukur kerana Allah masih lagi meletakkan aku dalam golongan dean's list..Terima Kasih Ya Rabbi..

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada my beloved parents..Encik Adam bin Omar & Puan Salmah binti Basri di atas doa yang tidak putus-putus kepada anak mu ini...terima kasih mak abah..sesungguhnya jasamu amatlah berharga.. :')

Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat di CFS dan di luar CFS yang sentiasa memberi sokongan... Sahabat-sahabat yang tak jemu-jemu layan kerenah aku ni..hehe..thanks a lot..Kepada syam,teah,fariha, fatin hamizah,fatin nabila,wan nur azlin & semua classmates aku and semua yang pernah ajar aku..thanks juga sebab banyak bagi tunjuk ajar ku sifu..hehehe..Tanpa anda siapalah aku.. :')

Yang paling tidak boleh dilupakan, terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua lecturers!!! Tanpa mereka, siapalah saya..huhu.. Lecturers CFS IIUM memang best! Terbaikkk! Terima kasih kerana sudi dan sentiasa sudi memberi tunjuk ajar dan jawab soalan-soalan saya..hehe..sorry sir & mdm kalau saya ni banyak tanya ye..huhu :')

Ok..aku nak ucapkan TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA DENGAN JAYANYA!!!
nanti ajarlah aku tips-tips kejayaan korang..hehehe

Kepada yang kurang berjaya..Ayuh bersemangat!!! Kita pulun habis-habisan sem depan!!! Sem lepas usah dikenang.. Ini bukan pengakhirannya..ni baru permulaan untuk kita terus bangkit!

Alhamdulillah..ini yang aku dapat..ini yang terbaik Allah nak bagi dekat aku ni..mungkin banyak lagi ruang kena touch up..hehe..

Yeah! InsyaAllah next sem aku akan buat lebih baik daripada sem lepas..jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.. banyak benda kena improve lagi ni..tak sabar pulak nak check in mahallah & start kuliah..hehe





ATTENTION PLEASE UMMI RASHIDAH ADAM!!!
For next sem :
1) LEBIH BANYAK BERIBADAH & MEMOHON PERTOLONGAN ILAHI!!!
2) Kurangkan "M" anda ye..atau pastikan tiada "M" langsung ---> zero for "M"!!!
3) Hilangkan terus aktiviti yang tak berfaedah!!!
4) Jangan bermuka buku lama sangat!!!
5) Buat revision before class & after class!!!
6) Buat latihan banyak-banyak & jangan segan silu tanya lecturers mana yang tak faham!!!
7) JANGAN BANYAK MAIN-MAIN!!!
8) YANG PALING PENTING! SENTIASA INGAT MAK ABAH!!!


Diharapkan aku dapatlah buat semua ni..Ok kawan-kawan..kalau nampak aku buat sebaliknya tolong laaa selamatkan aku..hehehe

Oklah...sampai sini je lah aku membebel..macam teks ucapan terima anugerah ABPBH pulak..hehe

Assalamualaikum..

p/s: kepada yang rindu kat aku..nantikan kemuculan aku kat CFS 12hb ni..<peace>

1 comment:

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Tahniah utk result.
Selamat meneruskan perjuangan! (=