CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 3 June 2012

Kisah Si Ibu Kucing

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum!

Apa khabar? Sihat ke tidak? Alhamdulillah di sini sihat-sihat sahaja..
(macam nak tulis surat "cinta" pulak ye)

Malam ni tiba-tiba jari aku ni nak menconteng pula dekat blog ni...suka hati la blog aku yang punyaaa~ hehe~ ni conteng bukan sebarang conteng..baca sendiri la.. aku bukan apa..aku tengah sedih ni mengenangkan nasib kucing aku ni..

Baru last month aku dapat tahu kucing kat rumah aku (si kontot) dah beranak 4 ekor anak kucing!!! Punya la keterujaan aku nak balik rumah sebab nak tengok anak-anak kucing tersebut.. Kecomelan mereka memang tidak dapat ku sangkal..tapi bila aku perhatikan je ibu kucing tu..kecik besar kecik besar je aku pandang dia.. Nak tahu kenapa? Si ibu kucing tersebut macam tak ambil peduli sangat je kat anak-anak dia..kesian baby kucing tu..mungkin sebab anak sulung kot..no experiences..huhu :'(

Minggu demi minggu..

Satu demi satu anak kucing tu mati!!!

Macam mana boleh jadi macam tu..tidakkkk!!! Mula-mula 2 ekor..so kira OK lagi la sebab ada lagi 2 ekor tinggal..TAPI!! seekor lagi pergi meninggalkan dunia..tinggallah seekor keseorangan..

Then..then..then...

Pagi tadi, masa aku tengah syok layan masterchef selebriti kat youtube (almaklum rumah tak ada "piring terbang a.k.a astro katekan), anak buah aku sibok dok jerit-jerit :

Mak Suuuuu!!! Anak kucing dah mati!!!

What???? I don't believe it! ----> because my nephew always lies to me!!! haha i tell u..hehe..keep this as a secret ae..don't tell him ok..hehehe

So..aku pon pergi la dekat tempat kucing tu tidur.. tak sangka pula kali ni dia tak main tipu-tipu dah..huhu..memang betul kucing tu dah pergi buat selama-lamanya!!!
Tapi kali ni aku dapat perhatikan sesuatu yang aneh dekat ibu kucing tu..

Selalunya si ibu kucing tu akan mengiaw je bila anak-anak dia tidur atau bila-bila masa je lah..aku rasa dia ajak anak dia borak-borak kot..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..sampai mak aku dah gelar dia CIK JOYAH & rasa nak ikat-ikat je mulut dia..hehe.. Tapi hari ni  dia tak jadi peramah sangat..dia lebih senyap..Mungkin dia tahu kot anak dia dah nazak..huhu..sedih nye..bila abah aku dah tanam bangkai anak kucing tu.. si ibu kucing ni still mencari-cari anak dia..dia masuk dekat sangkar tempat anak dia tidur..mengiaw macam menangis sendirian..lepas tu dia duduk je dekat tempat anak dia tu..huhu (tiba-tiba rasa mata masuk habuk pulak) Kasihan sih dekat ibu kucing tu  :'(

Apa yang dapat aku buat simpulkan dekat kisah si ibu kucing ni:

Kita selalu cakap beza antara manusia dengan haiwan ialah manusia dikurniakan akal manakala haiwan tidak berakal...betul tak? Tapi kadang-kadang aku rasa haiwan lebih berakal dari manusia.. Selalu kita tengok berita or baca surat khabar..mesti ada kes buang anak, bunuh anak, perkosa anak, jual anak & macam-macam lagi lah.. Nauzubillah.. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada kemungkaran Mu ya Rabbi...Cuba tengok balik kisah ibu kucing ni..betapa sayangnya dia dekat anak-anak dia.. Betullah kata orang, kadang-kadang binatang lebih tahu menilai kasih sayang..

Adakah kita seperti ini :


ATAU INI ??


Renung-renungkan dan selamat beramal...

Untuk maklumat anda, aku ni bukanlah or belom lagi menjadi ibu,mak dan seangkatan dengannya lagi..tapi nama aku ada UMMI yang bermaksud ibu..hehe..InsyaAllah one fine day, I will become a mother :D
Entry ni bukannya khas untuk ibu-ibu sahaja..yang lain pon dialu-alukan kalau nak baca wokey!!!

Sebenarnya Allah menciptakan haiwan,pokok, batu dan banyak lagi untuk manusia berfikir apa disebalik sesuatu kejadian..Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang malas berfikir.. Hidup kita ni kadang-kadang dipenuhi dengan pelbagai teori..pernah satu masa aku rasa aku dah give up nak belajar mathematics contohnya algebra sebab apa kaitan benda alah tu dalam kehidupan seharian kita.aku seolah-olah mempertikaikan ilmu tersebut...masa tu aku terlupa bahawa ilmu Allah ni Maha Luas.. Astaghfirullahalazim.. Ya Rabbi, jauhkanlah kami daripada golongan yang malas berfikir ..Aminn..

Dalam al-Quran pon sebenarnya Allah banyak bagi perbandingan di antara haiwan dan manusia.. Suatu hari masa aku tengah bermuka buku tiba-tiba aku terbaca satu post dari seorang sahabat, dia share dari sebuah page..post tersebut tentang perbandingan antara haiwan dengan manusia di dalam al-Quran..mudah dan ringkas untuk kita faham :) Aku share dekat sini ye..Cuba tengok bawah ni!


Apa pandangan anda? Ya haiwan tersebut memang comel belaka..tapi tu bukan yang aku maksudkan..maksud aku adakah kita tergolong dalam golongan tersebut???

Subhanallah...Maha Suci Allah..bertapa hebatnya ciptaanNya..semuanya bermakna bagi golongan yang berfikir..kadang-kadang kita terus hanyut dan leka..mungkin bukan anda..aku mungkin..tiada siapa yang sempurna melainkan Dia Yang Maha Agung...

Ya Allah....Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah..
Dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami Ya Rabbi..
Dosa-dosa guru-guru kami..
Dosa-dosa sahabat-sahabat kami..
Dan dosa-dosa orang di sekelilingi kami Ya Allah...
Jauhkanlah kami Ya Allah dari golongan yang Engkau murkai...
Masukkanlah kami ke dalam golongan kananMu Ya Rahman..
Kurniakanlah kami pertunjukMu..
Dan Janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau memberi pertunjuk..
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia..

Amin..Ya Rabbal alamin...


Sekian..terima kasih kerana sudi membaca contengan aku :)

p/s: Mood still sedih..terkilan tak sempat ambil gambar anak-anak kucing tu untuk dibuat kenang-kenangan :'(


2 comments:

Abi Noah Terompah said...

sedih pulak dengar cerita ibu ni. tk dpt bayangkn mcm mana kalau kita pulak diuji mcm tu. :(

yg "betullah kata orang tu...", kata siapa? anda? haha.. btw, nice kata2 wahai ummi

Alkisah anak Adam said...

tq Abi Noah @ suhazree :D