CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 28 October 2012

Ada apa dengan lift tu???

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalamualaikum..harap semua sihat belaka ^_^



Ada apa dengan itu lift? ni bukan cite seram ok..don't jugde a story by its title..hehe..
Mungkin cerita ni sesuai untuk mereka yang putus harapan, putus asa, putus "cinta" kononnye or putus ape2 aje lah. Atau mungkin sesuai untuk mereka yang rasa diri tak mampu untuk menjadi lebih berjaya.

Ada dalam kalangan kita termasuk aku kadang-kadang bila baru diuji, sudah terfikir untuk gagal. Ramai yang mudah berkata-kata "Bila kita diuji, kita mestilah kene sabar. Jangan mudah putus asa,"  or "Sabar k,sabar," Then kita pon kata, "Sabar sabar sabar, tak ada benda lain ke?" Ok itu normal. Memang mudah untuk bercakap, tapi berapa ramai yang boleh buat kan..

Meh aku cite sikit pasal 2 orang budak, si A dan si B..kisahnya bergini~

Suatu hari, si A dan si B ingin membeli-belah di sebuah mall. Si A dan si B ingin membeli baju di mana kedai tersebut berada di tingkat 12. (Untuk pengetahuan anda, mall tersebut hanya mempunyai sebuat lift sahaja!)

Si A tiba dahulu ke mall tersebut dan terus menaiki lift untuk ke tingkat 12. Beberapa saat sebelum pintu lift itu tertutup si B sampai dan berlari-lari menuju ke lift itu. Akan tetapi, sayang seribu kali sayang pintu lift itu sudah tertutup masa dia sampai. (kesian,kesian,kesian..tsk tsk tsk)

Si B berkata dalam hati, " Ish macam mana ni... kedai tu dah la kat tingkat 12. tak kan la aku nak naik tangga kot tapi aku memang nak beli baju tu, hari ni je dapat diskaun 80%. Mesti si A tu dah sampai dulu.  Melepas la aku macam ni. Ini tak boleh jadi ni. Aku kena pergi juga. Tangga pon tangga la. Dah nasib badan.."

Manakala si A yang berada dalam lift tersebut sudah terbayang-bayang baju yang dia nak beli. Walau bagaimanapon, jeng..jeng..jeng.... Lift tu tiba-tiba berhenti! Si A menjerit ketakutan dan kalau tadi dia terbayang-bayang baju apa nak dibeli tapi sekarang dia hanya mampu menangis meratapi nasib.

Dalam waktu yang sama, si B terus menggagahkan diri untuk sampai ke tingkat 12. Baginya mungkin mustahil dia sampai dulu dari si A tapi dia terus berusaha. Apa yang penting, dia mesti sampai juga ke tingkat 12.

30  minit kemudian, akhirnya si B berjaya dengan jayanya sampai ke tingkat 12. Dia tercari-cari dimanakah di si A. Manakala, lift si A yang rosak tadi tiba-tiba berfungsi seperti biasa dan terus membawa si A ke tingkat 12.

Apabila si A sampai, si B terkejut yang teramat sebab dia sampai dulu dari si A!

Si B berkata dalam hatinya, " Subhanallah, apa yang aku anggap impossible tadi sebenarnya possible. Aku ingatkan aku tak akan sampai dulu dari si A tapi rupanya aku mampu...."


(cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ye..)

Hah! Amacam cite tu..ok the moral of the story :

1) Kita mesti bijak mengambil peluang yang ada :
- Si A berjaya mengambil peluang yang ada, dia berjaya mendapat jalan mudah untuk sampai ke tingkat 12. Manakala, si B terpaksa menggunakan cara lain yang lebih mencabar untuk sampai ke tingkat 12 disebabkan dia kurang bijak mengambil peluang yang ada di depan mata. Why not dia tunggu je lift turun balik dan naik lift tu, kenapa perlu bersusah-susah naik tangga. Kadang-kadang peluang tak datang 2 kali. ^_^

2) Berfikiran positif, berusaha & dream high :
- Ya, sangat penting bagi yang diuji untuk berfikiran positif dan maju ke depan. Bagi si B dia terus berfikiran positif bahawa dia mampu untuk sampai ke tingkat 12 walaupon dengan hanya menaiki tangga. Dia terus berusaha, berusaha, dan berusaha! Fighting! Sesungguhnya setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan ^_^

3) Jangan mudah selesa dengan kesenangan yang ada. Teruskan bergantung kepada Ilahi :
- Bagi si A yang berada di dalam lift, dia menganggap dirinya akan berjaya dengan mudah untuk sampai ke tingkat 12. Tetapi akhirnya dia terkandas di dalam lift dan si B yang sampai dahulu. Ini samalah seperti orang-orang yang berbangga dengan kejayaan di dunia, tetapi kejayaan di akhirat belum tentu..

" Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau , perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat  ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan palsu." (Surah al-Hadid 57:20)

4) Bila dah berjaya, jangan lupa diri. Teruslah memuji Pencipta-mu :
- Bila kita dah berada di atas, jangan terus selesa. Jangan pandang rendah dengan orang yang berada di bawah. Teruskan bergantung dan memuji Pencipta-mu ^_^


That's all for today.. . semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari ini. Aku teringat ada seorang ustaz berpesan lebih kurang begini, " Jangan menghina benda lama (kisah silam) kerana ia sangat cantik pada hari semalam."

Assalamualaikum~ Segala salah silap harap dimaafkan ye...

Friday 26 October 2012

Kisah Badiuzzaman Said Nursi bersama si kucing ^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Aidil adha..semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya...

Alhamdulillah, akhirnya habis juga aku baca novel sejarah tentang Badiuzzaman Said Nursi karya Abdul Latip Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip..Dah lama sebenarnya aku cari buku ni, akhirnya dapat satu dekat MPH Mid Valley..apa lagi terus la aku beli..hehe ^__^


Sebenarnya banyak perkara yang aku tak tahu tentang beliau dan alhamdulillah novel ini dapat  membuka mata dan minda untuk kita selami kehidupan beliau tatkala berada di zaman kejatuhan Islam di Turki satu masa dulu..tidak lupa juga bagaimana penderitaan dan kesusahan yang beliau hadapi untuk menulis dan menyebarkan Risalah an-Nur.. so, apa lagi aku syorkan bacalah buku ni =)

Dalam asyik membaca, aku tertarik dengan satu kisah di mana ketika itu beliau bersendirian di rumahnya dan hanya beberapa ekor kucing setia menemaninya..

"Kucing makhluk yang berkat," bisik hatinya.

Tiba-tiba terlintas dalam fikirannya mengapakah kucing dikatakan makhluk yang berkat sedangkan ia tidak melakukan pekerjaan sebagaimana haiwan lain. Kucing hanya bermain,makan dan tidur.

Pada malam itu ketika Badiuzzaman Said Nursi mahu tidur, datang seekor kucing lalu duduk di tepi bantalnya. Kemudian, kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Said Nursi lalu berzikir dengan jelas.

"Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim..."

Badiuzzaman Said Nursi tersentak lalu bingkas bangun. "Apakah aku sedang bermimpi?" bisik hatinya. Selepas dipastikan ketika itu beliau tidak bermimpi, barulah sedar kucing itu menjawab lintasan fikiran beliau yang merendahkan dan menghina keupayaan makhluk kucing. Beliau juga merasakan lafaz zikir yang keluar daripada mulut kucing itu seperti satu tamparan ke wajahnya. Dia tersedar daripada kesilapannya kerana memandang rendah terhadap makhluk itu.

Kemudian terlintas pula dalam fikirannya apakah zikir Ya Rahim...Ya Rahman... ini khusus untuk kucing yang seekor ini sahaja ataupun semua kucing berzikir yang sama. Beliau juga tertanya-tanya adakah zikir kucing ini hanya didengarkan kepada beliau sahaja yang mempersoalkan dan mempertikaikan makhluk kucing? Atau makhluk lain yang memerhati dan mengambil perhatian juga akan mendengar zikir kucing.

Tiba-tiba datang tiga ekor kucing lagi lalu menghampirinya. Ketika itu Badiuzzaman Said Nursi terdengar kucing-kucing itu mengucapkan zikir yang sama dan berulang-ulang dengan nada yang berbeza tinggi dan rendah. Namun tidak sekuat kucing yang menghampiri telinganya tadi. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing-kucing mengiau dengan menyebut Ya Rahim...Ya Rahim..sehingga zikir itu menjadi semakin lama semakin fasih dan penuh kesedihan. Ketika mulutnya ditutup juga tetap melantun zikir dengan baik sekali. Kucing-kucing itu seperti merayu kepada Tuhannya yang bersifat al-Rahim. Itulah zikir munajat kucing.

Kemudian terlintas pula di hati Badiuzzaman Said Nursi, mengapakah kucing-kucing ini berzikir dengan nada insan dan tidak berzikir dengan nada haiwan?

Tiba-tiba beliau mendapat jawapan melalui lintasan hatinya juga. Sebabnya kerana kucing ini haiwan yang baik, lemah lembut, halus sebagaimana anak-anak kecil. Ia bercampur dan bergaul dengan manusia malah menjadi kawan. Kucing sangat memerlukan belas kasihan dan kasih sayang manusia.

Selepas kucing-kucing tu mendapat kasih sayang dan perhatian daripada tuannya, ia mendapat makanan kemudian meninggalkan tuannya sambil mengucapkan syukur. Kucing itu pergi berehat sendiri kemudian terus mengucapkan syukur kepada Tuhannya. Badiuzzaman Said Nursi mengucapkan syukur kerana Tuhan sudah memberikan jawapan pada persoalan kucing.

Ketika itu beliau miskin dan makanan juga terhad. Selalunya makanan yang sedikit akan cepat habis. Namun apabila beliau berkongsi makanan dengan kucing-kucingitu walaupun makanan itu sedikit namun ia masih tetap berbaki. Itulah belas kasihan Allah kepada makhluk lemah seperti kucing. Sekiranya Allah begitu kasih, apatah lagi manusia makhluk yang paling mulia.


Subhanallah...Allahu alam..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui...Ya, itu kisah kucing yang kadang kala kita terlepas dari pandangan. Sedang asyik mengimpikan itu dan ini, apa salahnya sekiranya kita berfikir sejenak dan mengambil ibrah atas kejadian di muka bumi ini. Pesanan untuk diri sendiri juga ni ^__^ 

Sesungguhnya Allah meciptakan apa yang ada di bumi ini untuk berkhidmat kepada manusia iaitu khalifah di muka bumi ini. Kita yang perlu berfikir dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam..Semoga Allah mempermudahkan..Aminn....

Sekian, itu sahaja yang mampu aku kongsikan untuk hari ini..moga bermanfaat kelak InsyaAllah ^_^

Assalamualaikum..


Rujukan : Novel Badiuzzaman Said Nursi karya Abdul Latip Talib, page 290-292