CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 26 October 2012

Kisah Badiuzzaman Said Nursi bersama si kucing ^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Aidil adha..semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya...

Alhamdulillah, akhirnya habis juga aku baca novel sejarah tentang Badiuzzaman Said Nursi karya Abdul Latip Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip..Dah lama sebenarnya aku cari buku ni, akhirnya dapat satu dekat MPH Mid Valley..apa lagi terus la aku beli..hehe ^__^


Sebenarnya banyak perkara yang aku tak tahu tentang beliau dan alhamdulillah novel ini dapat  membuka mata dan minda untuk kita selami kehidupan beliau tatkala berada di zaman kejatuhan Islam di Turki satu masa dulu..tidak lupa juga bagaimana penderitaan dan kesusahan yang beliau hadapi untuk menulis dan menyebarkan Risalah an-Nur.. so, apa lagi aku syorkan bacalah buku ni =)

Dalam asyik membaca, aku tertarik dengan satu kisah di mana ketika itu beliau bersendirian di rumahnya dan hanya beberapa ekor kucing setia menemaninya..

"Kucing makhluk yang berkat," bisik hatinya.

Tiba-tiba terlintas dalam fikirannya mengapakah kucing dikatakan makhluk yang berkat sedangkan ia tidak melakukan pekerjaan sebagaimana haiwan lain. Kucing hanya bermain,makan dan tidur.

Pada malam itu ketika Badiuzzaman Said Nursi mahu tidur, datang seekor kucing lalu duduk di tepi bantalnya. Kemudian, kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Said Nursi lalu berzikir dengan jelas.

"Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim..."

Badiuzzaman Said Nursi tersentak lalu bingkas bangun. "Apakah aku sedang bermimpi?" bisik hatinya. Selepas dipastikan ketika itu beliau tidak bermimpi, barulah sedar kucing itu menjawab lintasan fikiran beliau yang merendahkan dan menghina keupayaan makhluk kucing. Beliau juga merasakan lafaz zikir yang keluar daripada mulut kucing itu seperti satu tamparan ke wajahnya. Dia tersedar daripada kesilapannya kerana memandang rendah terhadap makhluk itu.

Kemudian terlintas pula dalam fikirannya apakah zikir Ya Rahim...Ya Rahman... ini khusus untuk kucing yang seekor ini sahaja ataupun semua kucing berzikir yang sama. Beliau juga tertanya-tanya adakah zikir kucing ini hanya didengarkan kepada beliau sahaja yang mempersoalkan dan mempertikaikan makhluk kucing? Atau makhluk lain yang memerhati dan mengambil perhatian juga akan mendengar zikir kucing.

Tiba-tiba datang tiga ekor kucing lagi lalu menghampirinya. Ketika itu Badiuzzaman Said Nursi terdengar kucing-kucing itu mengucapkan zikir yang sama dan berulang-ulang dengan nada yang berbeza tinggi dan rendah. Namun tidak sekuat kucing yang menghampiri telinganya tadi. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing-kucing mengiau dengan menyebut Ya Rahim...Ya Rahim..sehingga zikir itu menjadi semakin lama semakin fasih dan penuh kesedihan. Ketika mulutnya ditutup juga tetap melantun zikir dengan baik sekali. Kucing-kucing itu seperti merayu kepada Tuhannya yang bersifat al-Rahim. Itulah zikir munajat kucing.

Kemudian terlintas pula di hati Badiuzzaman Said Nursi, mengapakah kucing-kucing ini berzikir dengan nada insan dan tidak berzikir dengan nada haiwan?

Tiba-tiba beliau mendapat jawapan melalui lintasan hatinya juga. Sebabnya kerana kucing ini haiwan yang baik, lemah lembut, halus sebagaimana anak-anak kecil. Ia bercampur dan bergaul dengan manusia malah menjadi kawan. Kucing sangat memerlukan belas kasihan dan kasih sayang manusia.

Selepas kucing-kucing tu mendapat kasih sayang dan perhatian daripada tuannya, ia mendapat makanan kemudian meninggalkan tuannya sambil mengucapkan syukur. Kucing itu pergi berehat sendiri kemudian terus mengucapkan syukur kepada Tuhannya. Badiuzzaman Said Nursi mengucapkan syukur kerana Tuhan sudah memberikan jawapan pada persoalan kucing.

Ketika itu beliau miskin dan makanan juga terhad. Selalunya makanan yang sedikit akan cepat habis. Namun apabila beliau berkongsi makanan dengan kucing-kucingitu walaupun makanan itu sedikit namun ia masih tetap berbaki. Itulah belas kasihan Allah kepada makhluk lemah seperti kucing. Sekiranya Allah begitu kasih, apatah lagi manusia makhluk yang paling mulia.


Subhanallah...Allahu alam..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui...Ya, itu kisah kucing yang kadang kala kita terlepas dari pandangan. Sedang asyik mengimpikan itu dan ini, apa salahnya sekiranya kita berfikir sejenak dan mengambil ibrah atas kejadian di muka bumi ini. Pesanan untuk diri sendiri juga ni ^__^ 

Sesungguhnya Allah meciptakan apa yang ada di bumi ini untuk berkhidmat kepada manusia iaitu khalifah di muka bumi ini. Kita yang perlu berfikir dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam..Semoga Allah mempermudahkan..Aminn....

Sekian, itu sahaja yang mampu aku kongsikan untuk hari ini..moga bermanfaat kelak InsyaAllah ^_^

Assalamualaikum..


Rujukan : Novel Badiuzzaman Said Nursi karya Abdul Latip Talib, page 290-292

No comments: