CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 19 January 2012

Aku telah jatuh cinta....

Assalalamulaikum! Salam Sejahtera!

May be korang rasa tajuk ni macam gempak kan.. AKU TELAH JATUH CINTA!!! 


Tapi dengan siapa???
Sebenarnya macam ni..aku baru balik dari dengar talk pasal SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH kat dewan tadi..Seriously penceramah tu sangat bijak berkata-kata..kebetulan beliau merupakan seorang pengkaji dan penulis buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh!!!



Dulu aku selalu dengar mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah berjaya menakluk Konstantinopel (Istanbul)..Tapi malam ni aku betul-betul rasa sangat takjub..sangat terkesima..sangat kerdil...bila aku dengar balik kisah baginda..Terasa diri ini sangat kecil..Ibarat matahari dengan atom..

Hari ini aku dengar dengan jelas..macam mana baginda boleh menawan kota Konstantinopel dalam masa 2 bulan..padahal tentera Islam yang lain telah melakukan 12 kali percubaan tapi still tidak berjaya..Subhanallah..Penaklukan ini memang sangat dinanti-nantikan dengan kebijaksaan baginda menyusun pelbagai strategi yang sangat menakjubkan..

Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud :
"..Constantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam..Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."
Alhamdulillah..hadis nabi ini dapat direalisasikan setelah 800 tahun.. syukur ke hadrat Ilahi..

So..sejak tadi aku fikir..apa yang mampu aku buat untuk memartabatkan Islam..jikalau hendak dibandingkan dengan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera-tenteranya  memang sangat jauh..lebih-lebih lagi kita hidup di akhir zaman ini..ermmmmmm :'(

Terasa banyak sangat dosa yang ditanggung ...

Ya Allah kuatkanlah hamba-Mu ini..Jauhkanlah hambamu ini dari kesesatan Ya Allah...Jadikanlah kami kekuatan untuk Islam pada hari ini Ya Allah..amin...

Now..I really fall in love..I really fall in love with Islam..
Terima kasih Ya Allah..Terima Kasih Ya Rasulullah :')


Oklah..dah lewat sangat ni..esok kelas pukul 9.oo pagi! Kena bangun awal untuk dapatkan semangat! Yeah!
Assalamualaikum..

Wednesday 18 January 2012

Rahsia Disebalik Kejayaan Orang Yang Tidak Solat !!!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai semua~ --> Lame tak blogging ni.hee~


As we know, ilmu itu cahaya & tak akan masuk ke dalam hati-hati yang gelap..

Pernah tak korang rasa macam ni :

Time exam..kita yela dok la baca buku 24 jam..yang kawan kita lek je tido sampai solat pon tidak..
Well..kita pon bajet2 la yang kita dapat result lagi gempak dari dia kan..yela..solat pon tak pernah tinggal..solat di awal waktu lagi tu..

Tapi masa dapat je result..Ohhh damn!!! why member kita yang tidur je memanjang & solat pon tidak dapat result gempak gilerrr..4 flat beb..yang kita ni nak dapat 3 flat pon tak mampu..apetah lagi dean list..ye tak?



Dulu aku selalu gak wonder kenapa perkara ni boleh berlaku.. Sampai la aku dapat tahu rahsianya..meh aku cite sikit apa rahsianya! JOM BACA!

Apa korang tahu pasal istidraj? Istidraj ni merujuk kepada seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki yang melimpah-ruah dalam kehidupannya walaupun dia bukan hamba yang taat malah pelaku maksiat yang tegar.
Kenapa mereka dinamakan orang yang mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj ni yang sebenar-benarnya? Ok..tak yah pening-pening..baca je kat bawah ni ^_^
Istidraj ialah apabila Allah memberi kejayaan, kekayaan, rezeki yang melimpah-ruah untuk manusia itu lebih jauh dari-Nya. Biasanya manusia yang mendapat istidraj ni ialah manusia yang tidak berusaha menjalankan Islam dalam kehidupan dan juga tidak berusaha mengenali Allah.
Ni aku bagi contoh..kisah ni banyak disebut di dalam Al-Quran :
Korang kenal Qarun tak? Qarun ni dikurniakan oleh Allah dengan harta yang melimpah-ruah. Memang banyak sangattttttt harta dia. Tapi bila Nabi Musa mengingatkannya bahawa harta itu datangnya dari Allah..Dia dengan angkuhnya menjawab," Tidak! Semua ini hasil daripada ilmuku." Dia semakin jauh dari Allah. Apa pengakhirannya ??? Dia akhirnya ditenggelamkan bumi dengan seluruh hartanya. (So..that's why lah kenapa kita panggil " harta karun" )

Ok..aku bukan nak cite pasal harta karun ni..ok sambung cite balik..

Aku sure nanti bila ada someone yang berjaya walaupun dia tidak solat, dia akan cakap macam ni :
Tengok! Aku tak solat pon boleh berjaya. Siapa kata solat itu membawa kejayaan ?
See..perkara macam ni lah yang buat aku takut. Semakin kita lalai..semakin kita jauh.
So..kalau kita gagal janganlah terus berputus asa..Teruskan berusaha pasti ada jalan.
Teruskan beribadah..Jadikan keimanan sebagai ranking pertama dalam carta. Sebenarnya Allah suka menguji hamba-hambaNya yang beriman :D
                                                                        
RENUNG-RENUNGKAN..SELAMAT BERAMAL!!! 






Wednesday 11 January 2012

First day of lecture~

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Ok..sekarang ni memang jarang2 aku update blog..hehe..biasalah dah start sem baru kan..kalau dolu2 time cuti boleh la aku update banyak2..huhu

Hari ni start la sem baru..start lah subject baru, lecturer baru, classmate baru and baju baru..hehe

But before that..aku kene buat add and drop for subject..so pepagi tadi terkedek-kedek la aku bersama rakan-rakan tersayang pergi ke dewan..tapi alangkah terkejutnya kami..bertapa ramainya warga cfs..ibarat lautan berwarna putih *_* (untuk pengetahuan korang ibarat lautan warna putih tu sebab hari rabu sisters memang wajib pakai tudung putih lagipon memang ramai sisters dari brothers :p )

So..kami pon membuat keputusan untuk buat esok je lah :D

Then..,then..then...

Petang tu aku ada kelas dalam pukul 2-4..kelas chemistry..

Alangkah terkejutnya aku..rupe2nye lecturer aku lelaki!
Aku ingatkan perempuan!

Bez la ustaz tu (aku panggil ustaz lah )..Beliau ada 23 tahun pengalaman megajar..hehe..promote kejap..

And...and...and...
Yang paling aku suka...beliau siap bagi bisnes kad kat kitorang! haha
So.. tak de lah susah2 aku nak cari no contact beliau..Just sms or email..semudah abc!
Memang terbaikkkkkk lah ustaz!

*ustaz ni mengingatkan aku dekat Cikgu Kamarul Aripin ---> budak sbpij mesti kona bona dengan cikgu ni kan~


Ok fine...tetibe aku dah rasa ngantuk ni..
Hah! lagi satu!
Tolong doakan aku yep untuk exam maths sabtu ni! :D

K lah..good night semua.. Assalamualaikum!

Sunday 8 January 2012

Berapa saat je lagi...

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Fuhhh..lame aku tak mengupdate ek..hehe..

Untuk pengetahuan korang..hari ni aku kene register untuk sem 3..huwaaaaa :'(
Kejap je cuti 3 bulan berlalu pergi...

Antara kenangan manis & kelat masa cuti ni ialah~

1. Tidur, makan, tidur , makan ----> hasilnya : berat bertambah! haha

2. Main jutaria-->lama gilerrr aku tak main benda alah ni..syok la kan dapat main..haha

3. My bro bertunang --> TAHNIAH! ^_^

4. Ular masuk rumah --> Ni paling dramatik!

5. Ada orang kurang siuman tetiba ada betul2 belakang rumah aku & tanpa seurat benang ( ayat yang kurang censored ni)..huhu..scary gilerr..

Untuk sem 3 ni aku berazam untuk dapat 4 mendatar!!! Please pray for me ok! =D

K lah..aku nak sambung packing2 ni...aku pergi lepas zohor kot..malas awal2..hehe



Byeeeeee semua~ jangan sedih-sedih tau.. :p