CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 19 January 2012

Aku telah jatuh cinta....

Assalalamulaikum! Salam Sejahtera!

May be korang rasa tajuk ni macam gempak kan.. AKU TELAH JATUH CINTA!!! 


Tapi dengan siapa???
Sebenarnya macam ni..aku baru balik dari dengar talk pasal SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH kat dewan tadi..Seriously penceramah tu sangat bijak berkata-kata..kebetulan beliau merupakan seorang pengkaji dan penulis buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh!!!



Dulu aku selalu dengar mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah berjaya menakluk Konstantinopel (Istanbul)..Tapi malam ni aku betul-betul rasa sangat takjub..sangat terkesima..sangat kerdil...bila aku dengar balik kisah baginda..Terasa diri ini sangat kecil..Ibarat matahari dengan atom..

Hari ini aku dengar dengan jelas..macam mana baginda boleh menawan kota Konstantinopel dalam masa 2 bulan..padahal tentera Islam yang lain telah melakukan 12 kali percubaan tapi still tidak berjaya..Subhanallah..Penaklukan ini memang sangat dinanti-nantikan dengan kebijaksaan baginda menyusun pelbagai strategi yang sangat menakjubkan..

Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud :
"..Constantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam..Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."
Alhamdulillah..hadis nabi ini dapat direalisasikan setelah 800 tahun.. syukur ke hadrat Ilahi..

So..sejak tadi aku fikir..apa yang mampu aku buat untuk memartabatkan Islam..jikalau hendak dibandingkan dengan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera-tenteranya  memang sangat jauh..lebih-lebih lagi kita hidup di akhir zaman ini..ermmmmmm :'(

Terasa banyak sangat dosa yang ditanggung ...

Ya Allah kuatkanlah hamba-Mu ini..Jauhkanlah hambamu ini dari kesesatan Ya Allah...Jadikanlah kami kekuatan untuk Islam pada hari ini Ya Allah..amin...

Now..I really fall in love..I really fall in love with Islam..
Terima kasih Ya Allah..Terima Kasih Ya Rasulullah :')


Oklah..dah lewat sangat ni..esok kelas pukul 9.oo pagi! Kena bangun awal untuk dapatkan semangat! Yeah!
Assalamualaikum..

1 comment:

Fann said...

seandainya semangat Al - Fateh ini diketahui belia kini, nescaya akan bangkitlah Islam dalam usia dunia yang kian rapuh.