CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 18 January 2012

Rahsia Disebalik Kejayaan Orang Yang Tidak Solat !!!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai semua~ --> Lame tak blogging ni.hee~


As we know, ilmu itu cahaya & tak akan masuk ke dalam hati-hati yang gelap..

Pernah tak korang rasa macam ni :

Time exam..kita yela dok la baca buku 24 jam..yang kawan kita lek je tido sampai solat pon tidak..
Well..kita pon bajet2 la yang kita dapat result lagi gempak dari dia kan..yela..solat pon tak pernah tinggal..solat di awal waktu lagi tu..

Tapi masa dapat je result..Ohhh damn!!! why member kita yang tidur je memanjang & solat pon tidak dapat result gempak gilerrr..4 flat beb..yang kita ni nak dapat 3 flat pon tak mampu..apetah lagi dean list..ye tak?



Dulu aku selalu gak wonder kenapa perkara ni boleh berlaku.. Sampai la aku dapat tahu rahsianya..meh aku cite sikit apa rahsianya! JOM BACA!

Apa korang tahu pasal istidraj? Istidraj ni merujuk kepada seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki yang melimpah-ruah dalam kehidupannya walaupun dia bukan hamba yang taat malah pelaku maksiat yang tegar.
Kenapa mereka dinamakan orang yang mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj ni yang sebenar-benarnya? Ok..tak yah pening-pening..baca je kat bawah ni ^_^
Istidraj ialah apabila Allah memberi kejayaan, kekayaan, rezeki yang melimpah-ruah untuk manusia itu lebih jauh dari-Nya. Biasanya manusia yang mendapat istidraj ni ialah manusia yang tidak berusaha menjalankan Islam dalam kehidupan dan juga tidak berusaha mengenali Allah.
Ni aku bagi contoh..kisah ni banyak disebut di dalam Al-Quran :
Korang kenal Qarun tak? Qarun ni dikurniakan oleh Allah dengan harta yang melimpah-ruah. Memang banyak sangattttttt harta dia. Tapi bila Nabi Musa mengingatkannya bahawa harta itu datangnya dari Allah..Dia dengan angkuhnya menjawab," Tidak! Semua ini hasil daripada ilmuku." Dia semakin jauh dari Allah. Apa pengakhirannya ??? Dia akhirnya ditenggelamkan bumi dengan seluruh hartanya. (So..that's why lah kenapa kita panggil " harta karun" )

Ok..aku bukan nak cite pasal harta karun ni..ok sambung cite balik..

Aku sure nanti bila ada someone yang berjaya walaupun dia tidak solat, dia akan cakap macam ni :
Tengok! Aku tak solat pon boleh berjaya. Siapa kata solat itu membawa kejayaan ?
See..perkara macam ni lah yang buat aku takut. Semakin kita lalai..semakin kita jauh.
So..kalau kita gagal janganlah terus berputus asa..Teruskan berusaha pasti ada jalan.
Teruskan beribadah..Jadikan keimanan sebagai ranking pertama dalam carta. Sebenarnya Allah suka menguji hamba-hambaNya yang beriman :D
                                                                        
RENUNG-RENUNGKAN..SELAMAT BERAMAL!!! 






2 comments:

farhana | selamat said...

semoga kita dijauhkan, amin :)
nice post umie.

Alkisah anak Adam said...

Amin..InsyaAllah :D