CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 4 June 2012

@HoLiDaYs@

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Pejam celik pejam celik...dah nak sebulan aku terperap kat rumah..menternak lemak-lemak..sape nak??boleh aku jual dekat korang..huhu.. tak tahu la dah berapa kilo aku dah ternak ni....hehe

Ya...cuti semakin sampai ke penghujungnya..Next week, bermulalah peranan aku kembali sebagai seorang penuntut ilmu di bumi Petaling Jaya...Udara di sana sangat menyesakkan rongga hidungku dengan kilangnya betul-betul depan Uia dengan jalan rayanya yang sentiasa sesak..aduhai... berbanding di Felda ini yang sangat menenangkan, dengan kedinginan pagi, pokok-pokok getah sebelah rumah, bunyi-bunyi burung,ayam,ayam belanda (tu semua jiran aku punya..hehe), bunyi kucing gaduh dan yang paling penting aku dapat menatap muka kedua-dua ibubapaku setiap masa tanpa jemu.. Yaa aku sangat suka tinggal di rumah.. tapi apa kan daya menuntut ilmu ialah satu perjuangan yang tidak akan sesekali berhenti..
Jangan cepat mengeluh wahai anak Adam..Ummi Rashidah Adam!!! You can do it!!!
InsyaAllah lusa (Rabu) aku & family akan pergi ke rumah akak di KL..Then insyaAllah Khamis kami akan bertolak ke Penang untuk melawat abang kat sana sambil beriang ria..Yeah! cuti-cuti Malaysia je lah aku.. barang-barang dah la tak berkemas lagi ni..huhu. Bank Negara Resort!!! Batu Feringgi!!!Wait for us ok!!!

InsyaAllah Rabu next week dah nak start kelas baru..aku dapat group baru, classmates baru,lecturers baru & subjects baru..yeah! Fighting umi!! Tapi kan result sem lepas tak kunjung tiba.. tawakal sahaja lah..tapi risau juga ni..adakah pointer kali ni lebih baik dari sem lepas??? Hanya Allah yang tahu..ada yang cakap uia susah nak dapat 4 flat,  nak dapat A kena dapat 85/100..mampukah aku Ya Allah.. Bantulah kami..

Ramai orang cakap ilmu bukan hanya pada pointer..dah tu apa guna pointer..apa guna kita ambil exam..padahal exam tu untuk menguji tahap kefahaman kita terhadap ilmu tersebut....Mungkin betul juga cakap orang..mungkin ilmu tersebut bukan hanya pada subject yang kita belajar..tapi ilmu juga berdasarkan segala pengalaman yang kita peroleh sepanjang hayat ini..selagi hayat dikandung badan, ilmu dituntut tanpa sempadan..hehe..bermadah berhelah pulak aku ni..

Diharapkan aku akan dapat semangat baru untuk sem ni.. dan join lebih banyak aktiviti dekat uia..dan yang paling penting aku harus terus berjuang memburu 4 mendatar!!! Siapa tak mahu kan...

Ada satu benda lagi aku nak buat..nak tengok cerita Madagascar 3..hehe..mungkin ada antara korang nak tengok cite pirana tu kan..tapi aku ni peminat Madagascar..nak buat macam mana kan..otak kanak-kanak walaupon umur dah 18 tahun 6 bulan..hehe..kepada kawan-kawan yang berminat..jom lah join aku~~

Haih...kadang-kadang aku pernah juga rasa boring dok lama-lama dekat rumah ni..bila dah nak  habis cuti mulalah gelabah cakap tak nak tinggalkan rumah..huhu..kat rumah dapat makan sedap-sedap kan..walaupon mak aku aku masak ikan bilis goreng ngan kicap pon still sedap..yelah..air tangan ibu...hehe..Inilah manusia macam aku ni..tak pernah puas..dah uia bagi cuti sebulan je bersyukur laa yeee wahai Ummi Rashidah Adam..

Kepada Hikmah and Syam!!!

Korang ada tanya kan aku nak check in hari apa..aku tahu korang rindu kat aku..haha..and aku tak balas sebab lama tak topup..hehe..Ok aku jawab kat sini je lah..mungkin aku check in hari Selasa sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan..hehehe..dah la check out paling awal, check in pulak paling lambat..haha..jangan marah ae~

Oklah aku nak pergi dapur..tengok-tengok apa yang boleh dibuat kat situ..

Tata~

Assalamualaikum...






No comments: