CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 8 May 2013

Luahan Hati Seorang Guru

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tiba juga di PJ hari ini, sebelum bertolak sempat aku ke sekolah lama...
Sekolah tempat aku belajar semasa menengah rendah dahulu untuk bertemu ustaz atau walid bagi kami ketika itu :)

Sedang kami berbual, tiba-tiba kelihatan adik-adik (lower form mungkin)  berlari berkejaran..Aku pun tak tahu apa yang mereka buat...

Ustaz bersuara memecah kesunyian,

"Biar kita susah sekarang, kita akan senang kemudian. Bila kita susah kemudian, kita dah tahu macam mana nak atur masalah kita untuk kita selesaikan. Tak macam budak-budak zaman sekarang ni. Nak cari kesenangan dulu, enjoy, biar diri 'disentuh lelaki'...Berapa ramai dah budak perempuan dah 'rosak'. Ada dari sekolah rendah lagi. Kami (guru) dapat benda yang dah 'rosak'. Apa kami boleh buat. Cikgu tak dapat kawal semua pelajar. Pelajar ramai. Betapa susahnya nak nak lahirkan pelajar yang berjaya."


Aku tersentak...

Mungkin aku terlupa akan itu... Aku pernah bersekolah di situ.. Sekolah itu bukanlah di bandar, sekolah itu di kawasan luar bandar yang dikelilingi anak-anak FELDA. Aku juga sedar akan keadaan itu suatu ketika dulu, pergaulan bebas, dadah etc.. Tapi ketika itu aku jahil. 

Tiba-tiba aku berasa terpanggil untuk membantu,.tapi aku tak tahu caranya..Ya, aku juga pernah melakukan kesilapan dan mungkin juga boleh hanyut.. Alhamdulillah Allah masih membantu..Aku tak mahu kesilapan itu berulang kepada orang lain bahkan lebih kronik dari itu.. 

Mereka digelar pelajar 'bermasalah', 'degil' dan banyak lagi, tapi dalam hati mereka siapa yang tahu..Orang ramai suka lihat produk sekolah yang berjaya dan memandang sepi kepada produk sekolah yang gagal. Mungkin mereka yang digelar 'gagal' ini memerlukan 'bantuan kecemasan' kerana diri itu sedang 'lemas'. 


Aku ini berada dalam zon yang selesa, terlupa seketika kepada mereka.. Duduk di universiti yang 'islamik', banyak program-program ilmiah, majlis-majlis ilmu, dikelilingi sahabat-sahabat yang prihatin. Tapi mereka...Mereka jauh dari itu semua. 
Sudah selesakah kita membiarkan masyarakat sekeliling begitu sahaja?

Aku kasihan...

Mungkin mereka bukan berasal dari keluarga yang betul-betul mengamalkan Islam yang sebenar.Lebih parah lagi mungkin mereka tak kenal Islam itu sendiri. Mungkin...

Tapi siapa yang perlu hulurkan tangan untuk membantu kalau bukan kita. Ya, aku tahu..Aku ini tidak sempurna..Aku ini budak baru belajar. Aku tak mampu untuk lakukannya seorang diri. Aku juga pernah melalui zaman seperti mereka. Tak mengendahkan apa orang cakap. Orang kata biasalah tu, remaja...suka memberontak, suka mencuba..Mencuba sesuatu yang belum pasti...Tapi semua ini sampai bila...   

Semoga Allah kurniakan hidayah kepada adik-adik ini. Amin...


p/s: Sebarang cadangan untuk membantu amatlah dialu-alukan :)











1 comment:

NJihe.am said...

Salam singgah, jemput segmen: novel diagnosis, header, topup,
vector art, tudung bawal untuk dimenangi..
http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html