CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 25 May 2013

Perjalanan ke Sentul

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum. Apa khabar kamu yang sedang membaca?Ya, kamu!

Alhamdulillah, aku di sini masih seperti ini. Kali ini aku ingin berkongsi sedikit kisah perjalanan aku ke Sentul. Tiada yang pelik tapi mungkin bermakna..

Sehari sebelum aku pulang bercuti, aku dan roomates berkesempatan mengambil waktu itu untuk menziarah  seorang sahabat roomate aku.

Dari LRT Sentul, kami menahan teksi selepas beli cendol di seberang jalan(cendol tu nampak menarik..hehe)...

Kami diberhentikan di hadapan masjid berdekatan kediaman sahabat yang bakal kami ziarah.
Memandangkan waktu asar tidak lama lagi, kami mengambil keputusan untuk duduk sebentar masjid itu sambil menunggu ketibaan asar. Kelihatan seorang anak kecil umurnya mungkin setahun berlari-lari riang. Dia menghampiri kami dan ajak kami bermain. Sungguh comel. Ibunya yang hamil membiarkan sahaja dia bermain bersama kami.

Azan berkumandang..

Masa untuk solat...Semua jemaah mengambil tempat masing-masing...

Imam mengangkat takbir diikuti para jemaah.. Semasa di tahiyat akhir, sesuatu terjadi!

Anak kecil tadi bermain-main di sekitar tirai kayu di hadapan jemaah wanita. Tiba-tiba, banggggggggg!!!
Bunyi tirai menghempas lantai. Alhamdulillah tak terkena kepala jemaah.

Setelah semua memberi salam. Semua menoleh ke belakang. Si ibu tadi terkial-kial mengangkat tirai kayu yang terjatuh. Sudahlah berat.
Jemaah wanita cuba membantu tapi apakan daya kudrat wanita. Si ibu melambai-lambai ke arah jemaah lelaki agar datang membantu.

Datang seorang pak cik dan diikuti pak cik yang lain. Datang untuk membantu tetapi sempat berkata kepada si ibu, "Kamu ni tak pandai jaga anak ke??? Lain kali jangan bawa budak kecil datang masjid", kelihatan amarah dan herdikan di situ. Anak kecil tadi turut serta membantu tanpa mengetahui situasi sebenar. Si ibu hanya tersenyum pahit kemudian pergi.

Kalau aku yang belum bergelar ibu ini pon tersentap hati kalau dengar herdikan seperti itu, apatah lagi ibu itu. Sudahlah hamil. Kasihan...

Di luar masjid, aku dan roomates seakan-akan tidak percaya perkara sebegini boleh terjadi di depan mata. Biasanya dalam drama swasta je. Yang peliknya, pak cik itu berpakaian mengikut sunnah,berjubah putih, sejuk mata memandang tetapi kenapa perlakuan seakan-akan lari dari sunnah? Di mana adab Rasulullah dalam diri? Kami berandaian mungkin pak cik itu penat. Semoga dia sedar akan tindakannya itu.Amin...

Sesudah itu kami meneruskan perjalanan ke rumah yang ingin diziarah.

Kedatangan kami disambut oleh seorang mak cik. Kelihatan ramah orangnya. Rupa-rupanya mak cik itu ialah ibu sahabat roomate aku tu...

Kami dijemput masuk...Rumahnya biasa-biasa. Mempunyai hanya satu bilik tapi kelihatan bahagia warganya. Jarang sekali aku lihat rumah seperti ini.

Kami berbual rancak sekali bersama mak cik itu dan anaknya.

Kemudian, kami diajak ke kedai mereka. Jalan-jalan cari makan la katakan.hehe

Di dalam kereta, mak cik itu menunjukkan sebuah buku tentang perkahwinan tak silap aku. Katanya dia nak pulangkan buku tu di perpustakaan. Waaa, aku rasa ada sesuatu pada mak cik ini. Masih suka membaca dan sanggup meminjam di perpustakaan.

"Mak cik ni ada rumah. Tapi mak cik suka tinggal kat rumah tu. Dekat dengan masjid. Banyak ceramah, majlis-majlis ilmu. Yang paling mak cik suka setiap minggu ada ustaz/ustazah yang hadir berkongsi ilmu. Bukan senang nak dapat rumah dekat dengan masjid." kata mak cik itu.

Aku turut mengiyakan. Dalam diam aku kagum dengan semangat mak cik ini. Dalam dunia sekarang orang mengejar kemewahan tetapi masih ada insan sebegini yang memikirkan kepentingan ilmu dari tinggal di rumah yang besar tapi kosong. Kosong dengan ilmu.

Semoga mak cik ini terus dikurniakan kesihatan yang baik agar dan istiqomah dalam menuntut ilmu. Moga kita mempunyai semangat seperti mak cik ini. Amin...








No comments: