CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 26 November 2011

Meniti hari-hari terakhir.. Membuka jendela baru...

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai muslimin dan muslimat di seantero dunia!

Kaifa halukum???( apa khabar anda sekalian???)
Diharapkan semua sihat-sihat belaka..aku di sini Alhamdulillah masih diberi nikmat kesihatan oleh Allah s.wt..Alhamdulillah sekali lagi kerana kita masih boleh bernafas menghirup udara kurniaan Yang Maha Esa...

Mesti korang rasa macam pelik kan tajuk aku ni?? Tak??? Bagussssss...may be bukan korang kot yang pelik..may be orang lain..hehe

Sebenarnya...apa yang aku maksudkan dengan Meniti hari-hari terakhir ialah....( cewwaahhh macam belajar BM pula ek)...ok2 aku serius balik...maksud aku ialah...
hari ini  merupakan hari-hari terakhir kita berada pada tahun 1432H!!!

Manakala...Membuka jendela baru pula...InsyaAllah esok merupakan tahun baru dalam kalendar Islam atau lebih dikenali sebagai awal muharam iaitu 1 Muharam 1433H!!!

Kita sedia maklum tentang penghijarahan Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dari Mekah ke Madinah serta pengorbanan yang tidak terhingga daripada kaum Ansar yang tinggal di Madinah...
Mereka sanggup menyediakan tempat tinggal untuk kaum Muhajirin serta sanggup memberikan apa jua pertolongan demi menegakkan Islam..Subhanallah..begitu besar pengorbanan kaum Muhajirin dan Ansar...

Namun...jika dibandingkan dengan kehidupan kita hari ini sangat jauh berbeza dengan semangat umat Islam zaman Rasulullah s.a.w..aku sendiri mengaku banyak lagi kekurangan dalam diri ini yang perlu diperbaiki.. Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah silap diri ini sama ada sengaja atau tidak sengaja..harap korang maafkan ye...

InsyaAllah..pada tahun baru yang akan datang..ayuhlah kita bersama-sama melakukan penghijrahan..tak kira kecil atau besar..atau lebih tepat lagi memperbaiki kesilapan-kesilapan lampau dan berusaha untuk menjadi lebih baik..InsyaAllah..

Kalau la aku ada bergaduh atau terkasar bahasa atau tersilap kata..maafkan la yeee...
Harap kita dapat bersefahaman dan bertolak ansur dalam segala hal kelak..
Bak tema sambutan Maal Hijrah 1433H :

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"




Hah! gempak kan??? Harap-harap kita dapatlah amalkan bersama-sama..tak mahu gaduh-gaduh yeee..:D

Tapi sebelum tu.....
Jom kita menadah tangan dan membaca doa akhir tahun ini....


Semoga segala kesilapan yang berlalku pada tahun lepas dapat kita perbaiki dan segala kejayaan dapat kita jadikan tauladan..

Apabila masuk 1433H..ayuh kita menadah tangan sekali lagi untuk doa awal tahun :)


Amin..amin ya rabbal alamin...:)


p/s: Semoga tahun baru ini kita menjadi lebih baik :D

No comments: