CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 16 November 2011

Q-pop v.s K-pop

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai pencinta K-Pop sekalian...
Apa geleng-geleng?? Tak ngaku pula ye??? Kalau macam tu tengok gambar bawah ni.

Kenal tak???


 Tak kenal?? Ok fine.. =.="
Tak kira la korang minat ke tak or kenal ke tidak.. Aku tetap nak cakap.. HAI PENCINTA K-POP SEKALIAN!!! :p

May be korang rasa aku macam buang tabiat sikit ek malam ni.. Aku bukan apa, bosan lah so aku saje-saje exercise jari jemari aku ni kat sini.. ^_^

Kalau korang nak tahu..aku tak ada la minat sangat K-Pop ni..ermmm.yeke??boleh la minat sikit-sikit..
Dulu masa sekolah, aku tersangat la pelik tengok budak yang excited gilerrrrr tahap gaban dekat artis-artis Korea ni..kadang-kadang aku rasa kasihan pula dekat artis-artis Malaysia ni..ada tu sampai sanggup tiru gaya K-Pop untuk jadi artis tapi ditentang habis-habisan oleh rakyat Malaysia yang kononnya kumpulan tersebut tidak sesuai dengan imej negara kita..Tahniah Malaysian kerana sanggup mempertahankan tanah air anda :D

Ok,berbalik kepada zaman sekolah aku..hehe.. serius aku cakap aku memang tersangatlah noob pasal K-Pop nih.. better aku pilih untuk diam kalau kawan-kawan aku cerita ceriti pasal penyanyi-penyanyi dan pelakon-pelakon Korea idaman seantero dunia.. Hah! apa gelak-gelak??? =.=

Then.....................................then........................then.....................
bila aku balik dorm (aku tinggal kat hostel ye..)... hampir setiap hari, setiap waktu, setiap saat dormates aku will keep talking about the same topic..Huh!! Kadang-kadang aku pula yang stress..hehe
Majalah K-pop lagilah tak payah cakap confirm jadi buku rasmi dalam dorm..

Ni lah magazine tuh.. and that is my Suju. :p

Sometime aku belek-belek juga lah majalah tu... But....
Apa yang aku fikir dan terus fikirkan..err..kenapa muka diorang lebih kurang je ni???kenapa diorang bajet cute ni???(cute la juga..hehe) kenapa the boys bajet cute buat pose macam ni?? kenapa aku tak dapat bezakan rupa diorang especially the girls?? soo ewwwww...aku serius ni ok..ni lah sindrom aku dulu kala..

However, I able to overcome this problem..hehe..masa SPM kan cuti panjang..so aku pon layan la cerita-cerita korea and lagu korea,,kat situ la aku kenal siapa Suju, siapa Shinee, siapa Ji Hoo..hehe
sometime aku rasa aku pon da jadi gian, :p
macam ni lah yang terjadi,,so excited!
But then, aku terfikir lagi kenapa aku jadi macam ni.. sebenarnya tak kisah lah kalau kita minat sesiapa pon K-pop ke M-pop ke..tapi JANGAN SAMPAI KITA LUPA KITAB KITA YANG AKAN MEMBELA KITA DI AKHIRAT KELAK!! dek terlalu asyik baca K-pop sampai terlupa Surah Al-Fatihah...aku tak cakap korang..aku cuba untuk tegur diri aku juga..

Tadi aku online fb macam biasa dan aku terjumpa video ni..sangat menarik..
Mereka ini merupakan students Korea yang cuba mempelajari Al-Quran

Aku sangat kagum dengan diorang.. when we are busy memorizing Korean song, but they are busy learning and memorizing Quran.. Subhanallah..

Mungkin ada di antara kita bertanya.. Boleh ke orang bukan Islam pegang dan baca Al-Quran???
Sebenarnya banyak pendapat para ulama tentang persoalan ini..tapi kita lihat dari sudut positif..bagi aku Al-Quran  dan hadis untuk semua makhluk tak kiralah Islam atau tidak..

Ini merupakan langkah terbaik untuk orang bukan Islam lebih dekat dengan Islam.. Sepatutnya kita malu kerana masih ramai di luar sana yang beragama Islam masih kelu lidah untuk mengucapkan kalimah-kalimah Allah..

Untuk pengetahuan korang dan mungkin ramai yang tahu, ramai je saintis barat yang telah memeluk Islam kerana yakin dengan kebenaran Al-Quran..ada yang telah menghafaz Al-Quran..

Cuba kita ingat balik filem Ayat-Ayat Cinta..watak Maria yang merupakan penganut agama Kristian berjaya menghafaz surah Mariam dengan lancar..dan pada penghujung cerita dia memeluk agama Islam..

Oklah,,ape moral of the story yang aku nak cerita kat sini ialah kita termasuk aku  janganlah lupa KITAB RASMI kita kerana terlalu asyik dengan perkara lagha.(perkara sia-sia)...Aku tak bermaksud kita tak boleh suke K-pop! Jangan salah faham pulak ye..Renung-renungkan dan selamat beramal~ ~



p/s: aku tak pernah beli K-pop..hehe

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya bukan jenis fanatik korea..just suke2 tengok drama shj..hemm betul jugak ckp awk..remaja wanita sekarang fanatik habis dengan artis korea..sehinggakan letak dekat file sendiri utk jadi tatapan..saya ada tengok video remaja korea yg awk post..mmg menarik sbb x ramai anak muda Islam kita yg bca Al-Quran..walaupun bacaan tidak seberapa tetapi ada usaha utk belajar..wassalam

Ummi Rashidah binti Adam said...

Waalaikumussalam..betul ckp awk tu..apa yg penting berpada-pada dalam semua hal..saya nasihatkan diri saya juga :D