CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 15 December 2011

Alkisah Si Gagap... ^_^

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai ! Hai ! Hai !

Apa kabo orang di sana? Orang di sini alhamdulillah sihat belaka :)
Dalam aku tengah duduk menung sorang-sorang menanti putera turun dari kayangan --> ceewwaahh! bersastera plak yep aku ni..hehe..tiba-tiba aku teringat satu cerita ni..cite ni kelakar la juga tentang seorang yang gagap..Cite ni diceritakan kat aku oleh Imam Muda Fakhrul masa beliau bagi ceramah kat masjid uia dulu...Ooosaaahh lawak betul ustaz tu.. Terbaikkkklahh !! Meh aku citekan pasal si gagap ni..

Tersebutlah kisah~ ~

Alkisahnya cerita ni tentang seorang lelaki yang gagap. Namanya ialah Kasim..Kasim ni merupakan graduan ijazah bidang perakaunan dari IPTA terkemuka. Setelah lama menjadi         " tauke anggur " terhormat, dia tergerak hati la nak cari kerja. Akan tetapi tak ada sorang pon majikan yang sudi bagi dia kerja sebab dia seorang yang gagap yang agak kritikal kegagapannya..Kasihannnn Kasim...


Namun, pada suatu hari..


" Apa laaa nasib aku ni..tak ada orang pon nak bagi aku kerja..buat penat je aku belajar lama-lama..Ermmmm..hah!!! Kalau orang dah tak nak bagi aku kerja, baik aku buat bisnes sendiri je..lagi senang! " kata Kasim dalam hatinya..


Ooo,,rupanya dia nak buat bisnes..bisnes apa yek si Kasim ni nak buat???

" Ermm, bisnes apa ek boleh aku buat? Duit pon tak ada lagi, pengalaman pon tak ada..Ishhh,,bala-bala..Apa yek yang guna modal kicik jek? Hah!!! Apa kata aku buat bisnes surat khabar! Konpem laku ni..modal pon sikit je, " kata Kasim lagi di dalam hati..


Bisnes surat khabar rupanye...Dengan bermodalkan RM1O setiap hari, Si Kasim ni pon mulakanlah bisnes sendirian berhadnya..


Hari pertama :


" Suu..uuu..raaa..aaattt khaaa..aaa..baaarrr! Suu..raaaat khaaaa..aaabaarrr ! " laung Si Kasim..Namun semua orang buat endah tak endah je..mentang-mentang dia gagap..Ada laaa 2, 3 orang je yang beli..peninglah Si Kasim ni..


" Ermmm, sikit je yang laku rugilah aku kalau macam ni tiap hari.. " rintih Si Kasim di dalam hati..


Hari kedua dan hari seterusnya pon dia meneruskan kerjayanya itu..tetapi makin hari makin sikit dia dapat untung..mungkin sebab orang sekeliling dia tu tak sanggup kot nak dekat dengan dia..gagap yang teramat kritikal la katakan..


Tapi..Pada suatu hari yang indah...Si Kasim ni terfikirkan sesuatu..


" Kalau aku bisnes gaya ni je tiap hari, mahu gulung tikar aku..better aku pergi je terus dekat pelanggan..tak payah la aku tunggu pelanggan datang.. " kata Si Kasim ni..


Then..then..then..Si Kasim pon menjalankan missionnya itu..


Misi pertama : Pergi meja ke meja kat kedai kopi Pak Leman


Dia pon dengan bersemangatnya pergi ke Kedai Kopi  Pak Leman tu..


" Assss..sssaaa..laaammmu..uu..laaaiiikummmm baaangg! " kata Si Kasim dekat pelanggan pertamanya..


" Waalaikumussalam.. Hah! kau ni nak apa? Nah ambil singgit ni main jauh-jauh ! " dengan kereknya si costumer tu berkata-kata..


" Buuu..uu..kannn baanggg.. Saaa..aaa..yaa..  daa..aa.taanggg niii naaaa...akkk  jjuuu..uu..aalll
suuu..raa..aatt  khaaa..aabaarrr..   Taaa..aa.piiii  kaa.aa..laaaauuu  aaa...baaannggg  taaaaakkk  maaa..aaa..huu..uu  beee.e..liii..ii, saa..aaa..yaaa   boo..lehhhh  toooo..longggg  baaa...caa.aa..kaannn ^_^ " dengan riangnya Si Kasim ni berkata-kata..


Tapi..bila pelanggan yang kerek tadi tu dengar je kalau dia tak beli surat khabar tu, si gagap ni nak bacakan paper tu kat dia..terus je dia beli paper tu..ala-ala ugut gitu Si Kasim ni..


" Fuhhh, nasib baik aku beli surat khabar budak ni..kang tak pasal-pasal aku terpaksa dengar dia baca paper tu tergagap-gagap.. " bisik si pelanggan tu dekat kawan dia..


Si Kasim ni pulak dengan riang hati nya meneruskan mission possible dia tu. yang paling best, paper dia jual hari tu semua laku! Tak ada satu pon yang kena jual dekat apek tauke surat khabar lama tu..


( Cerita ini tiada kaitan sama ada yang masih hidup atau pon yang telah meninggal dunia.. Nama yang digunakan hanyalah sekadar rekaan semata-mata )




Hah! Amacam?best tak cite ni?? hehe.. walaupon nampak macam simple je..tapi cite ni penuh dengan pengajaran taau..

Kadang-kadang kita rasa down dengan kelemahan kita..tapi mesti lah setiap sesuatu tu ada hikmahnya kan..macam Si Kasim ni..walaupon dia gagap kritikal,tapi dia gunakan kelemahan dia tu untuk buat dia berjaya..cayalahh!

So...kita pon kena macam tu..sentiasa berfikiran positif dan maju ke hadapan!!!







No comments: