CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 20 December 2011

" Anyam ketupat" itu harus???

Assalamulaikum! Salam Sejahtera!

Hai korang yang suka makan ketupat sekalian!

Ehem..ehem..tengah buat apa tu? Ada ke yang  tengah "anyam ketupat" ? hehe... tak kan lah bukan musim raya korang anyam ketupat lagi kot.. Hah! mesti buat ketupat untuk krismas ni kan?Apa la aku merepeks ni.. :p

Huk2..syok akak ni borak..nak join boleh?

Korang faham tak ni apa yang aku maksudkan???
Ish..aku nak cite pasal MENGUMPAT lah!

Perghhh..aku memang menyirap kat orang yang sok sek sok sek pasal aku belakang-belakang aku.. Kalau berani cakap depan la wei~ ( Sorry teremos pule)..hehe <peace>

Korang pon confirm la tak suka  la kan kalau orang dok sok sek sok sek pasal korang..kan?kan?kan?

Tapi kan ada satu soklan ni asyik aku fikir..kenapa ek asyik perempuan je mesti dikaitkan dengan aktiviti anyam2 ni? Why not the men? As far as I know, lelaki-lelaki kat luar sana pon ada je yang bermulut puaka kan?

Oklah...tak kisah la sape lagi terer anyam ketupat kan..Apa yang paling penting tu MENGUMPAT ITU HARAM!
Dalam sepotong hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim (no.2589), Rasulullah s.a.w bertanya para sahabat: "Adakah kamu tahu apa makna mengumpat?" Para sahabat menjawab: " Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Rasulullah s.a.w menjelaskan yang bermaksud:" Kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang ia marah (sekiranya dia mengetahuinya)." Sahabat bertanya: " Sekiranya apa yang saya sebutkan benar-benar wujud, adakah dikira mengumpat juga?" Rasulullah s.a.w menerangkan: " Sekiranya apa yang kamu sebutkan itu benar-benar wujud, maka kamu dikira mengumpat. Dan sekiranya apa yang kamu sebut itu tidak benar, maka kamu dikira memfitnahnya."

Ehhhh..tadi kau cakap "Anyam ketupat itu harus???"

Apa yang aku maksudkan ialah aktiviti menganyam ni harus time ada 5 situasi  yang mengharuskan mengumpat seperti berikut :

1. Orang teraniaya boleh mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku.
Namun, konsep ghibah (umpat) di sini terbatas dalam konteks menuntut keadilan. Allah berfirman yang bermaksud : "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan yang buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang teraniaya." (Surah al-Nisa' 4:148)


2. Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran, maka didedahkan kemungkaran tersebut
Ada kalanya pendedahan ini menjadi wajib apabila kemungkaran yang berlaku melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan generasi akan datang.


3. Meminta fatwa
Seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah s.a.w tentang suaminya yang kedekut.


4. Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu
Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti buta, tempang or sebagainya..Jangan pula korang sesaje je tambah cerita yeeee...


5. Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang
Terdapat 3 golongan manusia yang seandainya diceritakan keburukan mereka tidak dikira mengumpat iaitu pemimpin yang zalim, ahli bidaah dan seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan.


Walau bagaimanapun ye tuan2 dan puan2, situasi-situasi yang disebutkan di atas juga perlu dikawal dengan kaedah " al-dararu tuqaddaru bi qadariha" iaitu setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja!


Maknanya yek kalau tidak disebut nama seseorang itu lebih baik.



Ermmmm.. aku bukan lah seorang pemidato yang hebat berkata-kata, aku bukanlah seorang ustazah yang pandai berhujah mengenai hukum..tapi aku insan biasa yang ingin membetulkan diri sendiri dan cuba ingin menyampaikan sesuatu walaupun sepatah..Memang aku sendiri agak susah nak kawal diri daripada virus ni..tapi insyaAllah aku cuba yang terbaikk! Yeah!!! ^_^
Semangat sungguh anak cik adam ni yek..

 Jom la join! :D

Aktiviti ni memang la agak terkenal especially orang-orang melayu..lagi-lagi macam drama-drama petang-petang tu confirm ada yang bermulut puaka kan..ish..sama-sama kita mengubahnya yee
..sesungguhnya dirimu begitu berharga..

Imam al-Nawawi juga mengingatkan kita bahawa mendengar umpatan pon HARAM hukumnya..

Tapi kan dalam menongkah arus globalisasi ni ---> (cewwaaahh  ayat aku..hehe) confirm kita akan dengar sana sini orang dok sok sek sok sek pasal orang tu..sok sek sok sek pasal orang ni.. Lebih-lebih lagi kat muka buku..orang-orang yang bermulut puaka ni sesuka hati je dok anyam ketupat kat situ kan.. Errrr..aku paling stress dengan orang yang asyik-asyik luah ketidakpuasan hatinya dekat public.. 
Bertambah stress orang yang tak bersalah macam aku ni membacanya..huhu~

So...apa yang boleh kita buat???

Kita wajib melarangnya jika tidak membawa sebarang mudarat atau kita boleh la try tukar tajuk..Tapi kalau tu kita tak mampu..just blah je terus dari tempat tu or membenci dalam hati..senang kan??? :D

Kalau lah korang memang bermulut puaka and suka gilerrrr buat aktiviti tak bermoral ni, aku cabar korang buat benda nih!!!

Korang penah makan burger tak? Burger tu apa? Alah korang ni...yang macam krabby patty cite spongebob tu..

Yummy..spongebob! nak satu plizzzzzzzzz......

Ok2..sambung cite tadi balik..
Dapat teka tak aku nak cabar korang ape???
Ko nak cabar aku makan burger ke cik umie oi~

Yupp!!!! Memang tepat sekali!!!
Tapi ini burger bukan sebarang burger tau!!!
Kalaulah memang korang ni bermulut puaka..ce korang try makan burger daging manusia..ada berani tak bro?

Sanggup tak? Aku bet korang confirm tak lalu gilerr kan??kan??kan?? ^_^
Demikian Allah telah membuat perumpamaan dalam Al-Quran bahawa mengumpat itu umpama seseorang memakan daging saudaranya yang telah mati (Surah al-Hujurat 49:12)
Masa peristiwa Israk Mikraj pon Rasulullah telah diperlihatkan suatu situasi yang amat mengerikan iaitu suatu kaum yang memiliki kuku daripada tembaga sedang mencakar-cakar wajah dan dada mereka sendiri.
Baginda bertanya kepada Jibrail: "Siapakah mereka itu?" Jibrail menjawab : "Mereka ialah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang lain." ( Riwayat Abu Daud no 4235)
Astaghfirullahalazim...terasa banyak sangat dosa yang telah aku tanggung :'(
Ya Allah! Kuatkanlah imanku untuk menjauhi perkara mungkar ini...

p/s: Janganlah kita menjadi orang yang merasa bangkai sebagai nikmat
       Sesungguhnya mukmin itu diamnya fikir, cakapnya zikir ---> Aku suka kata-kata ni ^_^

So...from now..SAY  'NO' TO "MENGUMPAT" !!!! InsyaAllah..

Sumber inspirasi :Majalah Solusi isu 30 & 19..