CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 4 December 2011

Dihimpit Ketika Tidur? Angkara Makhluk Halus? Realiti Atau Mitos?

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai makhluk-makhluk sekalian tak kira la kasar atau halus!

Amacam entry aku kali ni? Ada seram tak? Jeng...Jeng...Jeng...
Korang pernah tak rasa macam dihimpit masa tidur? May be korang rasa macam korang tak boleh gerak dalam beberapa seconds atau minit..then..then..then..korang mula la fikir yang korang dihimpit makhluk-makhluk halus~ Ada tak???

Kalau aku...tak pernah lagi rasanya kena macam ni..tapi aku selalu juga dengar-dengar pasal ni lagi-lagi masa duduk dekat asrama dulu..perggghhhh..memang meremang gak la kan kalau dengar cite-cite hantu ni..dulu aku selalu gak fikir apa rasanya ekk..ishhh tak mahu la aku..minta-minta dijauhkan..


Aku rasa sleeping beauty ni ada penyakit ni lah..sebab tu tak sedar-sedar :p

Ok2, apa yang aku nak cite kat sini ialah ADAKAH BENAR INI SEMUA ANGKARA MAKHLUK-MAKHLUK HALUS?? kasihan diorang ni asyik kena tuduh je ye..
Sebenarnya tadi aku buat la researched sikit..then...then...then...aku jumpa la satu fakta yang mungkin korang dah tahu atau ada yang belum tahu pasal kejadian ni!


Alkisahnya ialah.............


Fenomena dihimpit ni sebenarnya ada istilah dari segi sainstifik iaitu "SLEEP PARALYSIS" atau kalau dimelayukan "LUMPUH KETIKA TIDUR"...Ini sebenarnya temporary paralysis atau lumpuh sementara..Temporary paralysis ni kadang-kadang berlaku masa nak tidur (hypnagogic paralysis) atau  masa nak bangun tidur (hypnopompic paralysis)..


Normal badan manusia apabila masuk tidur yang nyenyak (REM- rapid eyes movement)- waktu nyenyak bola mata kita akan gerak-gerak...otak kita akan bagitahu badan supaya berehat macam switch off kejap..Otak kita pun ada switch off button tau yang dipanggil (Reticular Activating System RAS )...So...time ni REM atonia( tiada muscle tone). Yang tinggal time ni hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan lain-lain lagi..


Jadi masa kita bangun, RAS tu switch on balik...Kita akan sedar sepenuhnya...But sometime berlaku keadaan di mana electrical signal tidak diactivekan  oleh otak untuk switch on balik badan kita..Masa tu mungkin korang pernah rasa macam lumpuh kejap tapi sebahagian sahaja..May be ada yang yang boleh gerakkan jari tapi bahagian lain tak boleh gerak..huhu..macam seram pula kan...


One more thing! Sleep paralysis ni juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi-bunyi pelik), visual (nampak benda bukan-bukan), tactile (deria sentuhan,terasa seperti ada benda sentuh,hempap dll)..Jeng..jeng..jeng..korang pernah rasa macam ni ke??ce cite ce cite..


Kalau korang nak tahu..antara sebab-sebabnya ialah...............


1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama..
2. Jadual tidur yang tak tentu arah ( irregular sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur)
4. Stress yang teramat..
5. Pertukaran gaya hidup yang tiba-tiba ( macam biasa dok kat rumah, tiba-tiba esok kena gi panjat gunung, berenang kat tengah laut dll)
6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun masa tengah gosip-gosip)..


Hah! Ada tak korang rasa macam ni???mungkin ini semua angkara SLEEP PARALYSIS!!! cissss~
tertipu la kita selama ini yeee..hehe..Kalau korang nak baca artikel pasal ni KLIK SINI!


K lah, sekian info aku masa boring-boring ni..harap korang dapat input yang baru..tata~


p/s: Segala yang sempurna datangnya daripada Allah s.w.t dan segala kekurangan datangnya dari diri aku sendiri..harap maaf ye kalau ada tersalah bahasa dan kata. :D




















No comments: