CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 21 November 2011

Hanya Kerana Stokin...

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai gadis-gadis & wanita-wanita yang cantik & comel belaka sekalian!

Apa khabar anda-anda semua? Diharapkan sihat-sihat belaka...cewwaah macam nak tulis surat pula aku ni yek..Hari aku rasa macam nak main teka-teki dengan orang..rasa macam gatai je tangan ni nak conteng-conteng blog ni..

Teka-teki pertama:

APAKAH BENDA DI SEBELAH KANAN ANDA??


HAH!! STOKIN???
STOKIN SEBELAH KIRI LAH!!
APA DAAAAA....~ hehe


Ok fine...memang sonang la kan teka-teki kat atas tu..
aku bagi teka-teki lain ehhhh..

Tengok bawah ni!




BILAKAH KALI TERAKHIR ANDA MEMAKAI STOKIN???


Amacam??? Kental tak soalan aku..boleh ke korang jawab?? Maka, aku rasa mungkin ada jawapan macam akak-akak kat bawah ni...

Cik Jah : Akak rasa kali terakhir akak pakai masa kat sekolah dulu-dulu lah..tu pon sebab       
                peraturan sekolah suruh pakai stokin..kalau tak pakai habislah kena bantai dengan 
                cikgu disiplin..sekarang tak kuasa la akak nak pakai..buat panas je!


Cik Kiah : Aku pakai time kerja je lah..kan protokol kerja kena pakai stokin...tu pon yang nipis 
                  gilerr aku pakai.. kalau keluar aku pakai selipar je la..tak kan la pakai selipar nak 
                  pakai stokin kot.. =.="


Cik Nah : Ermmmmm...kali terakhir?? Errr...Rasa-rasanya masa baby dulu-dululah..
                 biasalahkan baby mesti lah pakai stokin.. Apahal kau tanya soalan ni pulak??


Cik Yah : Sorry derr..aku tak pernah nak pakai stokin..ape kelasss?? Time sekolah 
                 aku pakai yang pendek-pendek je kot..bawah buku lali..buat syarat je la katakan...


Cik Nur : Alhamdulillah, saya masih sedar akan suruhan Allah untuk menutup aurat...


(NAMA -NAMA YANG DISEBUT DI ATAS TIADA KAITAN SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA)


Hah!! Ada tak jawapan korang macam soalan kat atas ni?? May be banyak lagi kot jawapan..
And...and...and....Korang mesti fikir akak yang last tu macam tak jawab soalan ekkk..ada ke patut orang tanya kali terakhir pakai stokin, dia jawab tu je???apa kaitannya??
Ok, fine...aku rasa otak-otak geliga korang of course la dapat fikir maksud tersurat dan tersirat akak tu..ye tak??? :D

Korang mesti pelik kan apasal la aku ni tiba-tiba cerita ceriti pasal stokin pula kan?? Sebona-bona ae den nak cito something ni hah.. Jom baca alkisah kat bawah ni~


Kisah benar ini menceritakan tentang seorang gadis bernama Tina (bukan nama sebenar)..Jom baca!

       Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam dan diberikan didikan agama sejak aku kecil lagi.
Sejak aku kecil lagi aku telah didedahkan dengan apakah itu maksud aurat. Sering kali ustazah aku mengingatkan bahawa aurat itu bermaksud menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan daripada pandangan lelaki bukan mahram. Tapi masa tu kan kecil lagi.So aku rasa tak payah la kot nak tutup-tutup sangat.


      Masuk sahaja ke sekolah menengah, kami semua pelajar perempuan diwajibkan bertudung dan memakai stokin sepanjang waktu persekolahan. Ok fine..memang aku ikut je lah kan. Tapi sampai rumah of course la aku tanggal. Kalau keluar pon aku tak pakai stokin. Yela, pakai selipar je kot. Kalau pakai kasut tu lain lah. 


     Apabila aku masuk tingakatan 4, aku berpindah ke sekolah berasrama kerana aku mendapat keputusan yang agak baik dalam PMR. Sekolah tu pon ada peraturan yang sama. Tetapi masalahnya hampir setiap masa kitorang kena pakai stokin kalau hendak pergi ke kelas. Sometime aku rasa macam terkonkong. Kalau kat rumah tu lain lah. Kejap je kot waktu duduk kat sekolah.
Masa tu aku rasa stokin tak lah sama penting macam pakai tudung. Yela kan, cuba tengok kat luar sana ramai je yang bertudung tapi tak pakai stokin. Stokin ni macam small matter je lah.. Tak payah la nak besar-besarkan..


     Setelah habis SPM, aku pon duduk je lah kat rumah. Tapi aku rasa macam ada tak kena kalau aku tak pakai stokin kalau nak keluar rumah. Mungkin sebab aku dah terbiasa kot masa kat asrama dulu. Then, aku mula la terfikir.........


     Macam-macam lah aku fikir..Kenapa aku pakai stokin selama ni??? Kenapa stokin ni jarang gilerr orang pakai?? Lama la juga aku fikir dan nak buat keputusan sama ada aku perlu ke tidak pakai stokin. Aku perlu sedar segala keputusan masa itu aku perlu teruskan sepanjang hidup aku. Tak boleh berundur. 


      Alhamdulillah aku dapat hidayah daripada-Nya untuk memakai stokin kerana tiba-tiba aku sedar iaitu aurat seorang wanita Islam itu ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..bukan kecuali KAKI!! Aku juga terfikir macam-macam balasan kalau kita pandang rendah berkenaan aurat. Aku sangat-sangat bersyukur kerana masih tersedar.


     Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu IPTA dalam negara. Alhamdulillah IPTA tersebut turut mewajibkan semua mahasiswi untuk menutup aurat. Aku rasa sangat gembira sebab aku tidak lagi rasa kekok dan terkongkong untuk memakai stokin. Selama bertahun-tahun aku pakai stokin, baru sekarang aku berstokin seikhlas hati kerana Allah s.w.t..


      Walaupon stokin je, aku rasa ini anugerah yang tidak terhingga daripada Allah. Terima kasih Ya Allah untuk hidayah kecil ini. Kadang-kadang ada juga la kawan akutanya.. " Apasal ko pakai stokin ni??dalam pantang ke?? Macam budak sekolah je ko ni siap berstokin bagai "
Tersentap mak tau. Fuhhhh~ Aku just senyum je lah dan berharap mereka turut mendapat hidayah daripada-Nya. Kalau dulu aku rasa segan kalau keluar pakai stokin. But now aku selamber je la kan. Benda betul buat apa nak segan.. Ye tak?




Hah!! Dah baca tak cerita kat atas ni??? Ini lah sebab kenapa aku tiba-tiba nak cerita pasal stokin. Aku nak ucapkan TAHNIAH kepada Tina (bukan nama sebenar) kerana telah memilih cara hidup yang betul. Sebenarnya aurat lebih-lebih lagi part kaki memang kita tak sedar. Mungkin ada yang rasa kaki ni tak sepenting rambut. Sebab tu lah ramai je yang tak pakai stokin.


Pesanan aku untuk muslimat di luar sana, janganlah berputus asa untuk mengamalkan suruhan Allah lebih-lebih lagi berkenaan aurat. Teruskan berdoa dan beramal, semoga Allah terus mengurniakan hidayah-Nya kepada kita supaya terus berada di jalan yang lurus.

Aku suka nak share kata-kata Imam Muda Khairul Azhar Ghazali masa aku online fb hari tu:
Jangan memandang kepada orang jika ingin berubah. Buat apa yang baik kerana Allah. Kadang kita risau, malu, tak yakin. Kalau aku tutup aurat nanti family kata apa pulak, sebab kita fikir dorang pun tak buat, aku pulak yg lebih. Ingat, itu soal kepatuhan kpd Allah dan krn Allah. Pejamkan mata, anggap semua itu berlalu. Bayangkan syurga Allah yg lebih indah. Jagalah auratmu, rambut, leher, tangan dan kaki kerana ia sangat mahal. Hanya kerana Allah. Demi Allah. Indahnya.


JANGAN DISEBABKAN KITA TIDAK MENUTUP BAHAGIAN KAKI SAHAJA DARIPADA PANDANGAN LELAKI BUKAN MAHRAM, KITA TERUS DITARIK KE NERAKA DISEBABKAN DOSA TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA!!!


Mungkin ada yang tanya perlu ke pakai stokin kalau kat rumah ada lelaki bukan mahram??kalau nak buat kerja kat dapur pulak macam mana??
Meh sini tengok video ni!!!


Sebenarnya aku nak tegaskan kat sini..bukan hanya dengan stokin je kita boleh menutup aurat bahagian kaki!!! Tapi kita boleh memakai kain yang labuh dan memakai kasut untuk menutup aurat bahagian kaki!! Tak kira lah bagaimana cara kita asalkan kita menutup aurat bahagian kaki daripada pandangan lelaki ajnabi!!



p/s: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA...
      InsyaAllah, kita boleh!!!


Sesungguhnya yang bertutup itu indah....

1 comment:

Leey_Omar said...

aq slalu kai sneaker kluar so automatik akan kai stokin...