CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 15 November 2011

Soalan-Soalan Lazim Tentang Islam???

Assalamualaikum ! Salam sejahtera!

Hai sekalian makhluk di muka bumi ini..

Alhamdulillah..aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam..namun sometime aku rasa banyak kekurangan dalam diri ini..Kita sedar bahawa Allah mencipta manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..Tapi bersediakah kita memikul tanggungjawab tersebut?? Kadang kala kita termasuk aku terleka dengan dunia..Bolehkah kita memikul tanggungjawab menyebarkan dakwah walau secebis ayat dalam keadaan dunia yang serba lalai dan banyak perkara lagha yang telah kita lakukan??
Itulah puncanya mengapa orang-orang bukan Islam terus menghentam Islam bahkan orang-orang Islam itu sendiri yang goyah imannya terus lantang berbicara dengan soalan-soalan yang nampak simple tapi kita termasuk aku kelu untuk berkata-kata apatah lagi untuk menjawab..
(errr..mesti korang rasa aku ni ada gaya macam penceramah bebas ek?hehe

Ok2..Sebenarnya macam ni.. Hari tu aku online la fb macam biasa..then...then...then...
Aku terpandang beberapa artikel  dan aku tertarik nak baca..Aku juga tertarik nak share artikel tu dekat sini..tapi kalau korang tak mahu baca kat sini..korang boleh terus baca dekat situ (Klik sini)

Artikel tu pasal soalan-soalan lazim tentang Islam dan jawapan nya sangat simple ^_^
Antaranya :

1. KISAH TUKANG GUNTING RAMBUT 


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.


2. Mengapakah orang Islam menyembah dan tunduk kepada Kaabah semasa solat ??
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak…… 

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? 

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam. 

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ? 

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum …. 

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? 

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ? 

Missionary : Awak tak ada jawapan ? 

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman. 

Missionary : Mengapa awak caka begitu ? 

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” … 

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi. 

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak. 

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ? 

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ? 

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii ….. 

Merah padam muka Missionary menahan marah. 

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum …. 

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone. 

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ? 

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. 

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu. 

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya...

3. Khinzir...


Pengharaman memakan daging khinzir memang diketahui umum. Fakta berikut menerangkan pelbagai aspek larangan ini:
1. Al-Qur’an mengharamkan daging khinzir.Al-Qur’an melarang memakan daging khinzir di dalam tidak kurang daripada 4 surah berlainan. Larangan tersebut terkandung di dalam 2:175, 5:3, 6:145 dan 16:115.”Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah….”
[Al-Maaidah 5:3]Ayat suci Al-Qur’an di atas memadai untuk meyakinkan seorang Islam tentang pengharaman daging khinzir.

2. Daging khinzir dilarang di dalam Bible.

Orang Kristian semestinya yakin dengan kitab agama mereka. Bible melarang pemakanan daging khinzir, did alam buku Leviticus:

”Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, jangan sentuh bangkainya.”
[Leviticus 11:7-8]

Daging khinzir juga dilarang di dalam Bible menurut buku Deuteronomy:

”Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.”
[Deutoronomy 14:8]

Larangan yang sama juga diulang di dalam Bible, di dalam buku Isaiah Chapter 65, rangkap 2-5.7.

3. Memakan daging khinzir menyebabkan pelbagai penyakit.

Orang bukan Islam yang lain dan ateis akan hanya bersetuju jika mereka dapat diyakinkan melalui sebab, logik dan sains. Memakan daging khinzir boleh menybebakan tidak kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit yang pelbagai. Seseorang itu boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi. Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum, cacing pita. Ia tersimpan di dalam uus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai hampir ke semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung, jika memasuki mata akan menyebabkan buta, jika memasuki hati akan mengakibaktna kerosakan hati. Ia boleh merosakkan hampir kesemua organ tubuh.

Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis. Tanggapan salah paling umum mengenai daging khinzir ialah, jika ianya dimasak dengan betul, ovum-ovum tersebut akan mati. Dalam satu projek penyelidikan yang dijalankan di Amerika, didapati daripada dua puluh empat orang yang menghidap Trichura Tichurasis, dua puluh dua telah memasak daging khinzir tersebut dengan betul. Ini menunjukkan bahawa ovum yang terkandung di dalam daging khinzir tidak mati pada suhu masakan yang normal.

4. Khinzir mempunyai bahan pembina lemak.

Daging khinzir mempunyai sangat sedikit bahan membina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saluran dan boleh menyebabkan hipertensi (tekanan darah yang terlalu tinggi) dan serangan jantung. Tidak menghairankan bahawa lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.

5. Khinzir adalah antara haiwan paling kotor di bumi.

Khinzir hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan pebangkai terbaik ciptaan Allah (S.W.T.) yang saya tahu. Di perkampungan India, mereka tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di tempat terbuka. Selalunya najis tersebut dimakan oleh khinzir.

Mungkin ada yang akan berhujah bahawa di negara-negara maju seperti Australia, khinzir diternak di tempat yang bersih. Sungguhpun kawasan tersebut bersih, khinzir itu ditempatkan bersama di dalam kandang. Tidak kira bagaimana anda mencuba menjaga kebersihan khinzir, menurut tabii, mereka merupakan haiwan yang kotor. Mereka makan dan menikmati najis mereka sendiri serta najis khinzir lain.

6. Khinzir adalah haiwan paling menjijikkan.

Khinzir merupakan haiwan paling menjijikan di muka bumi ini. Khinzir satu-satunya haiwan yang merelakan kawan-kawannya mengadakan seks bersama pasangannya. Di Amerika, kebanyakan orang memakan daging khinzir. Setiap kali selepas majlis tari menari, mereka akan bertukar-tukar isteri, dan berkata,” Anda tidur bersama isteri saya dan saya tidur bersama isteri anda.” Mungkinkah budaya memakan daging khinzir menggalakkan budaya khinzir. Kami, rakyat India menganggap Amerika sebagai sebuah negara yang paling maju dan canggih. Apa sahaja yang mereka lakukan, akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut rencana di dalam majalah Island, amalan bertukar-tukar isteri telah mula menjadi kebiasaan di kawasan mewah Bombay.



Ok lah ..sebenarnya banyak lagi soalan-soalan menarik dan jawapan yang bernas..kalau nak tahu dengan lebih banyak lagi, kliklah link yang aku bagi kat atas tu..sangat berfaedah untuk dibaca daripada korang dok online & baca perkara bukan-bukan kat fb tu..ye tak??hehe

Moga jawapan-jawapan di atas dapat  menambah ilmu dan memantapkan iman kita..( bak kata ustazah kat sekolah aku dulu ILMU MEMANTAPKAN IMAN!!) InsyaAllah :D

Sekian,assalamualaikum

p/s: boleh juga dapatkan buku " 20 Soalan Plaing Lazim Tentang Islam" oleh Dr. Zakir Abdul-Karim   Naik di kedai buku berhampiran..cewwwaahh aku promote kejap ye..hehe..aku pon macam teringin nak beli buku ni..
Tataaaaaaaaa~ ~

1 comment:

Seorang anak said...

best2 :)keep it up..! i liikeee....:D