CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 27 November 2011

UPU ~ Ohhhh~ UPU~

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Hai SPM candidates & ex-SPM candidates sekalian!

Amacam SPM korang setakat ni??ok tak?ke ko??hehe
Aku harap korang buat yang terbaik la kan sebab SPM ni merupakan salah satu jalan untuk menentukan masa depan korang..soo..mesti la korang mengidam nak masuk universiti hebat-hebat dan membalas jasa ibu bapa dan guru-guru kan???
Tapi sebelum tu korang kene ingat.. 
ISI DAHULU BORANG UPU!!!


Apa??tak tahu apa itu upu??macam mana nak isi??kat mana nak dapat borang tu???
Ok2..banyak betul la soalan korang ni..meh tengok ni KLIK SINI !!!
Kat situ merupakan jawapan-jawapan yang perlu korang tahu..bila tarikh boleh isi?bila tarikh tutup kemas kini?macam mana nak isi?kat mana kena isi?
So....tinjau-tinjau la ye link yang aku bagi tu :) pangkah besar-besar kat kalender ye tarikh-tarikh penting tu!!! XD

Apa yang paling penting before korang isi ialah :
BELI NO ID UPU DEKAT BSN YANG BERDEKATAN!!!

Mungkin sesetengah sekolah uruskan pembelian no ID..mungkin korang akan disuruh bayar RM10 (kalau tak silap aku) dekat guru kaunseling..PEKA ya dalam apa jua pengumuman! Jangan LEKA!!
Kalau tak ada cikgu bagi pengumuman pasal ni..bermakna korang kena beli sendiri la ye di BSN..

Kak, kalau dah beli nak buat apa pula???


Ok2..korang buka la kat website upu...then..then..then...isi lah!
Kat form tu korang perlu isi macam-macam lah..tapi yang paling penting korang kena pilih kos-kos dan universiti-universiti yang korang impikan..aku jamin la korang sure pening giler nak isi lebih-lebih kos nak pilih..memang banyak gilerrr..and kalau salah pilih,nahaslah~ hehe
Tapi jangan risau ye adik-adik...kat sini akak nak bagi Tips on how to choose the best choices!!!


Tips :


-Bagi umat Islam, aku galakkan korang buat solat istikharah terlebih dahulu supaya Allah memberikan pertunjuk agar membuat pilihan yang terbaik kelak..Jangan lupa sentiasa berdoa ye adik...

-Tanyalah pendapat ibu bapa terlebih dahulu..kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa..kalau aku, parents aku jenis tak kisah..tapi mak aku pernah cakap..dia nak aku jadi seorang
guru atau pun pensyarah nanti..InsyaAllah..

-Mintalah pendapat guru kaunseling di sekolah anda yeee..kalau korang ada ragu-ragu tentang sesuatu
atau ada sebarang kemusykilan tentang borang tu, tanya la guru kaunseling ye..takut salah isi nanti..

-Fikirkan apa kehebatan dan kekurangan korang dalam bidang-bidang tertentu..kalau korang dah nekad dengan keputusan korang..go ahead..jangan malu-malu..

-Untuk pengetahuan korang, dalam borang tu korang kena isi lebih kurang 8 kos and universiti pilihan korang (kalau tak silap aku la..kalau salah harap maaf ye)..so fikir baik-baik.. JANGAN SESEKALI ISI KOS YANG KORANG RASA KORANG TAK MAMPU DAN KOS YANG KORANG TAK MINAT!!!

-Isilah kos yang korang paling minat ikut ranking yeee...jangan terbalik pula..


-Kalau boleh aku nasihatkan korang gunalah 3 kali kemaskini sebaik-baik mungkin sebab mungkin korang akan berubah fikiran dari masa ke semasa..

-Sentiasalah berdoa agar korang mendapat kos dan u yang korang inginkan dan bertawakallah sepenuhnya kepada Allah :)




Amacam?? Ok tak tips aku bagi ni?? Harap dapat lah bantu korang yeee..

Hah!!! Sebenarnya ada lagi aku nak share ni.. Mungkin ada lagi dalam kalangan korang still tak tahu atau tidak faham apa itu ASASI, TAHMIDI,DIPLOMA yang ada dalam form tu..mungkin korang akan tertanya-tanya apa beza ketiga-tiga benda alah tu??? Aku pon sama gak macam korang dulu.. So kat sini aku nak share la sikit apa yang aku tahu..meh  tengok kat bawah ni!!!


ASASI :


Sebenarnya program asasi ni seperti program matrikulasi yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..tapi apa yang membezakan asasi dan matrikulasi ialah asasi dikendalikan oleh universiti-universiti tertentu..Kebiasaannya pelajar yang terpilih untuk ke program asasi ialah pelajar-pelajar yang cemerlang dalam keputusan SPM dan berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu..Asasi ada di beberapa universiti sahaja seperti UIAM , UM, UNIMAS, UITM & UPNM..Kalau UM & UNIMAS  ada sikit choices untuk kos kalau tak silap aku..sains hayat & sains fizikal kot kalau tak silap.. Tapi UIAM & UITM memang banyak pilihan asasi..Kalau UIAM, ada program asasi untuk medic, engineering, dentistry, pharmacy, physical sc, bio sc, law, architecture, nursing, islamic revealed knowledge, economics, arabic language, english, dan banyak lagi lah..yang paling penting kalau korang pilih UIAM or UNIMAS( UNIMAS ni aku tak sure sangat) korang InsyaAllah confirm-confirm ada tempat untuk ke main campus UIAM untuk degree (ijazah) nanti..so tak payah susah-susah isi upu lagi lepas asasi nanti dan tak perlu bersaing dengan pelajar lepasan STPM ,asasi, dan matrikulasi yang lain untuk menempatkan diri ke universiti.. Tapi yang paling penting korang kena pandai-pandailah jaga pointer yee..

Kebanyakan asasi ni setahun..tapi kalau UIAM ada untuk setahun, setahun setengah, atau 2 tahun..semua ni depends on korang punye result exam english placement test & arabic placement test masa minggu orientasi..tapi untuk siapa-siapa yang tiada basic arab langsung, jangan risau korang akan diajar :) best tau dapat belajar bahasa arab ni...ramai je yang tak pernah belajar bahasa arab tetap pilih UIAM..

Kalau korang betul-betul nak asasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)..korang mesti kuat dari segi mental dan fizikal.. aku pernah dapat tawaran untuk menghadiri temuduga asasi UPNM ni..tapi aku tak pergi..hehehe..temuduganya dibuat ni kem-kem tentera..dan menguji fizikal korang..memang mantap la..dah nama pun universiti pertahanan..ye tak???

Kalau UM dan UITM, lepas korang asasi..korang kena isi upu balik dan pilihlah kos yang korang suka dan bersesuaian dengan apa yang korang dah belajar :D


TAHMIDI :


Hah!!! Apa itu tahmidi??? Tahmidi ni hanya ada di Universiti Sains Islam Malaysia... Tahmidi ini merupakan istilah bahasa arab yang bermaksud persediaan..sama je lah macam asasi or matrikulasi..Tahmidi ni sebenarnya lebih terbuka kepada pelajar lepasan sains agama dari sekolah sebab program ini amat mementingkan bahasa arab..banyak juga pilihan asasi yang ditawarkan...tinjau-tinjau la ye di borang upu anda nanti :D


(Dalam bahasa yang lebih mudah asasi merupakan shortcut untuk sambung degree)

DIPLOMA : 


Korang mesti selalu dengar kan istilah diploma ni??? Diploma ni pon bagus sebenarnya..kalau ambil diploma korang akan dapat sijil dan laku kalau nak cari kerja..tapi kalau asasi atau matrikulasi, tak boleh nak cari kerja,,sebab tu lah pelajar asasi atau matrikulasi perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah...Diploma ni mengambil masa 3 tahun untuk graduate.. Banyak juga kos yang ditawarkan..lepas diploma korang boleh sambung ijazah cuma faktor masa yang membezakan antara diploma dan asasi...diploma memerlukan lebih banyak masa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah..Tapi aku yakin kalau korang dah nekad..semua benda boleh..InsyaAllah anda boleh!!!
Yang paling penting korang kena pilih betul-betul kos apa korang nak untuk diploma ni..jangan menyesal nanti...tanya dahulu pendapat ibu bapa dan guru..


Oklah..jelas tak penerangan aku???Lenguh-lenguh dah jari ni hah.. Kalau ada soalan jangan malu-malu pula ye nak tanya..selain daripada universti..korang boleh juga isi form untuk program pensijilan di institusi yang terpilih dekat dalam borang upu tu juga..

Yang paling penting...amalkanlah tips yang aku bagi tu dan peka kepada isu semasa...jangan leka dan tak ambil tahu..nanti melepas~

Fikirkanlah dan buatlah pilihan yang tepat untuk masa depan anda yang riang macam spongebob ni..hehe

Sekian, Assalamualaikum....


p/s: Jangan malu-malu nak tanya ye...comment lah kat bawah ni kalau nak tanya apa-apa :D

5 comments:

syahirah said...

saya lepasan spm. saya nak tanya kalau isi upu kan boleh tak letak kelapan-lapan pilihan tu U yang sama cuma kos yang berbeza?

Ummi Rashidah binti Adam said...

Rasenye boleh je..insyaAllah ada rezeki kat situ :D

Unknown said...

thanx sbb kongsi information..^-^

Unknown said...

assalamualaikum...nak tanye..kalau dah dalam mind ada cita cita nak buat diploma je... kena beli borang upu juga ke?

Unknown said...

salam. saya asasi uiam sekarang da masuk tahun 2, n nk isi borang upu coz nk tukar UKM, tp xtau nk choose catergory mne,, time sya isi catergory matrikulasi kpm/ Pasum / asasi UiTM yg currently still blaja, truth la, saya still blaja, tp dia xterima maybe sebb i'm 94'.. and susuh saya amik category dip/setaraf so cane ea?